Hasya melangkah lesu memasuki rumah. Jam di dinding
sudah hampir menunjukkan ke angka 6.30 petang. Dia membawa langkah ke ruang
tamu lalu berbaring di atas sofa berwarna putih yang berbentuk L. Mata dipejam
untuk menghilangkan rasa penatnya menyiapkan tugasan di pejabat tadi yang
banyak tertangguh.
“Lewat balik Hasya? Banyak kerja ke?”. Mak Piah
membawa segelas jus oren untuk Hasya. Tahu anaknya pasti kepenatan kerana Hasya
jarang pulang lewat ke rumah.
“Ehmm…”. Hanya itu yang mampu dibalas oleh Hasya.
“Kamu dah solat Asar ke belum ni?”. Mak Piah
bertanya. Bimbang anaknya terlalu leka menyiapkan kerja lantas terlupa
kewajipan yang satu itu.
“Dah kat office
tadi. Ayah dengan Dira mana mak?”. Mata dicelikkan dan menyambut huluran air
daripada Mak Piah. Jus oren diteguknya rakus.
“Ayah ada kemas-kemas kat belakang rumah tu. Dira
tadi keluar pergi rumah Mak Cik Habsah nak jumpa Sabrina katanya. Dah nak dekat
maghrib tak reti-reti nak balik lagi budak ni”. Mak Piah bangun mengintai di
sebalik tirai rumah. Mana tahu anaknya melepak sebentar di taman permainan
depan rumahnya ini.
“Kejap lagi baliklah tu. Eh, baju kurung mak dah
siap ke? Cepatnya Mak Cik Habsah jahit”. Hasya lantas bangkit untuk melihat
baju kurung berwarna biru laut yang tersangkut pada kerusi kayu di tepi bilik
emaknya. Diambilnya baju kurung itu lalu dibawa ke sofa.
“Tulah tadi Mak Cik Habsah ada datang sekejap
hantar baju ni. Dia suruh mak kirim salam dekat bakal menantu katanya”. Mak
Piah menjeling-jeling Hasya yang masih leka membelek baju kurungnya. Ingin
melihat reaksi anaknya dengan kenyataan yang baru diluahnya tadi.
“Bakal
menantu? Siapa pulak? Dira ke Aman?”. Hasya berpura-pura bertanya sedangkan dia
tahu siapa gerangan bakal menantu itu.
“Dira tu tak cukup umur lagi. Kalau dah cukup umur
pun mak tetap tak bagi dia kahwin muda-muda ni. Belajar dulu tinggi-tinggi, ada
kerja semua baru kahwin. Kamu tu lain. Dah sesuai sangat kalau nak kahwin ni.
Bila lagi mak nak kena tunggu rasa nasi minyak anak sulung mak ni, Hasya?”. Mak
Piah kelihatan beriya-iya mahu Hasya menamatkan zaman bujangnya. Dia tahu Hasya
masih tidak mempunyai seseorang yang istimewa atau dalam erti kata lain
seseorang yang boleh dijadikan suami.
“Tak sampai seru lagi kot. Lagipun Hasya mana ada
sesiapa lagi mak”. Hasya menjawab.
“Habis si Hairul tu? Takkan kamu tak tahu Hairul tu
ada hati dengan kamu? Mak tengok cara dia pandang Hasya pun mak dah tahu.
Lagipun Hairul tu mak tengok baik orangnya. Handsome
lagi. Hasya tak ada ke feeling-feeling
sikit dengan Hairul tu?”. Mak Piah sangat berharap agar anaknya dijodohkan
dengan Hairul, anak Mak Cik Habsah. Tingkah-laku Hairul yang sangat sopan
menyejukkan hatinya. Bertuah perempuan yang dapat berkahwin dengan anak Mak Cik
Habsah.
“Feeling-feeling
apa ni mak. Hasya tak rasa apa-apa pun. Hairul dengan Hasya kawan je mak.
Lagipun Hasya pun mana rapat dengan Hairul sangat. Lainlah Dira sebab selalu
sangat pergi rumah Sabrina tu”. Memang Hasya tidak ada sekelumit perasaan pun
pada Hairul. Dia pun mengakui Hairul sangat baik orangnya. Memang calon terbaik
untuk para-para gadis untuk memilih bakal suami.
“Sebab kamu tak cuba. Bagi peluang dekat hati tu
untuk kenal dengan lebih dekat sikit. Kata orang tak kenal maka tak cinta kan.
Memang kena sangat la tu dengan kamu ni”. Hasya hanya tersenyum memandang
emaknya. Bukan dia tidak mahu cuba mengenali hati budi Hairul. Cuma dia masih
menunggu seseorang yang sudah lama terpahat di dalam hatinya. Mengingati lelaki
itu, ingatannya segera teringat kata-kata yang diucapkan oleh lelaki itu
sebelum mereka berpisah dulu.
“Ayah Dil kata semalam kami kena pindah ke Dubai
bulan depan. Ayah dapat tawaran kerja dekat sana. Tak dapatlah kita pergi
sekolah sama-sama lagi lepas ni”. Adil bersuara sayu memberitahu berita yang
dikhabarkan oleh ayahnya petang semalam kepada Hasya.
“Nenek pun ikut sekali ke? Adil tak duduk dengan
nenek je? Adil nak tinggal Hasya sorang-sorang kat sini? Sunyilah Hasya nanti”.
Bertubi-tubi soalan Hasya bertanya kepada Adil. Air mata bergenang mengenangkan
rakan karibnya yang selalu menemaninya ke mana sahaja akan pergi meninggalkan
dia.
“A’ah. Nenek ikut sekali sebab tak ada siapa nak
jaga nenek kat sini nanti. Hasya janganlah nangis. Rania dengan Faiz kan ada”.
Adil cuba memujuk Hasya yang sudah memerah muka menahan tangis.
“Mana sama Adil dengan diaorang tu”. Hasya bersuara
perlahan. Adil dan Hasya berkawan sejak mereka di tadika lagi. Mana mungkin
sama rakannya yang satu itu dengan Rania dan Faiz walaupun sudah dua tahun mereka
menjadi kawan. Tambahan pula hanya Adil yang mampu melayan perangai
mengada-ngadanya. Kalau dia merajuk, terus mereka angkat kaki. Kerja
pujuk-memujuk mereka akan serahkan bulat-bulat kepada Adil kerana tahu karenah
dia yang mengada terlebih-lebih minta dipujuk.
“Iyalah tu. Nanti tengok-tengok Hasya dah tak ingat
kat Adil sebab seronok berkawan dengan kawan-kawan lain kan”. Hasya menjeling
tajam ke arah Adil setelah mendengar kata-kata Adil tadi.
“Kenapa cakap macam tu. Hasya takkan mungkin
lupakan Adil. Tapi mungkin Adil yang lupakan Hasya”. Hasya mula teresak-esak
mengenangkan kemungkinan yang Adil akan lupakan dia apabila sudah berada jauh
daripadanya.
“Ish…apesal menangis ni. Adil pun takkan lupa Hasya
la. Entah-entah nanti kalau kita jumpa balik, waktu tu status kita pun akan
bertukar. Bukan kawan lagi”. Adil tersenyum penuh makna.
“Kalau kita bukan lagi kawan, kita apa?”. Hasya
bertanya. Inginkan kepastian daripada Adil walaupun dia seakan-akan memahami
maksud di sebalik kata-kata Adil tadi.
“Status after
berkawanlah. Kalau nak tahu, Hasya tunggulah Adil. Dengan izin-Nya, mungkin apa
yang Adil cakap ni boleh jadi kenyataan. Janji jangan lupa Adil dan tunggu Adil
tau”. Hasya mengangguk walaupun dia terlalu ingin mengetahui apa yang
difikirkan olehnya sama seperti yang dikatakan oleh Adil atau tidak.
“Hasya? Ooo Hasya. Budak ni kalau mengelamun,
dialah juara. Sofea Harisya binti Mohd Idris”. Suara Mak Piah yang kuat itu
membantutkan segala kenangannya bersama Adil. Hasya tersengih-sengih memandang
Mak Piah yang ralit memandangnya. Nak korek rahsialah tu.
“Eh mak. Err…Hasya naik bilik dululah. Nak mandi”.
Terkocoh-kocoh Hasya bangun dan berlari memanjat anak tangga kerana tidak mahu
emaknya menyoal apa yang dimenungnya tadi.
……………………………………
“Alamak, waktu nilah dia nak meragam”. Hasya
membebel seorang diri. Sedari tadi dia cuba menghidupkan enjin kereta Viosnya
tetapi tidak berjaya.
“Tak boleh lagi ke?”. Sudah berapa kali Mak Piah
bertanya soalan yang sama. Hampir sepuluh minit dia mendengar enjin kereta
Hasya yang semput tidak mahu hidup. Suaminya tiada di rumah kerana outstation. Kalau tidak boleh disuruh suaminya
menghantar Hasya ke tempat kerja. Aman pula tidur di hostel kerana banyak assignment
yang harus disiapkan memandangkan dia sudah berada di tahun akhir dalam jurusan
Kejuruteraan Kimia. Nak suruh balik sekejap pun rasa macam lambat sahaja
anaknya akan sampai sebab jalan mesti jammed
sekarang.
“Hasya naik teksi jelah mak”. Hasya memutuskan
untuk menaiki teksi walaupun dia tahu emaknya tidak suka anak-anaknya menaiki
teksi. Bahaya katanya.
“Tak payah. Ni mak pergi call Mak Cik Habsah kejap tanya Hairul dah pergi kerja ke tak.
Kalau belum, Hasya tumpang jelah dia”. Mak Piah segera berlalu masuk ke dalam
rumah sebelum sempat Hasya membantah.
Setelah lima minit berlalu, Mak Piah tergesa-gesa
berjalan ke arah muka pintu rumah. “ Hairul kata lagi lima minit dia datang”.
Mak Piah kelihatan benar-benar gembira manakala Hasya sudah tidak senang duduk.
“Mak ni kenapa nak susahkan Hairul pulak. Kesian
dia nanti masuk office lambat pulak
sebab Hasya. Lagipun office Hasya
jauh dari tempat kerja dia”. Hasya tidak selesa apabila terpaksa menumpang
kereta lelaki yang mahu dijadikan menantu oleh emak lelaki itu.
“Alah, takpelah. Hairul pun tak kata apa. Lagipun
siapa yang nak hantar Hasya kalau tak Hairul. Hah, tu pun Hairul dah sampai”.
Mak Piah terus menyarung selipar untuk bertemu dengan anak kawan baiknya. Nak
tak nak, Hasya terpaksa juga menumpang kereta Hairul.
“Maaflah kalau mak cik menyusahkan Hairul. Kereta
Hasya ni meragam pula tiba-tiba pagi ni. Pulak tu tak ada siapa nak hantar
Hasya ni pergi kerja”. Sebenarnya Mak Piah segan juga meminta tolong daripada
Hairul. Mana tahu lelaki ini sudah terlewat ke tempat kerja.
“Eh, tak apalah mak cik. Saya tolong ni ikhlas”. Jawab
Hairul sambil tersenyum. Apabila emaknya memberitahu bahawa Hasya ingin
menumpangnya, dia sudah tidak terkata. Dalam hati terasa teruja. Sudah agak
lama dia tidak bersembang dengan Hasya.
“Iyalah. Hasya cepatlah masuk dalam. Karang lambat
pulak kamu berdua masuk kerja”. Hasya menyalam tangan emaknya sebelum masuk ke
dalam kereta Almera berwarna putih milik Hairul.
………………………………
Suasana di dalam kereta senyap sunyi. Tiada
kedengaran suara orang mahupun muzik. Hasya yang tidak betah berada dalam
keadaan begini mula bersuara.
“Err…saya pasang radio ni, boleh?”. Hasya bertanya
sambil memandang sekilas ke arah Hairul.
“Boleh-boleh. Sorry
tak ingat nak buka tadi”. Hairul tersengih.
Lagu Kau Satu-Satunya nyanyian Ukays berkumandang
di radio Suria FM. Hasya tersenyum tanpa disedari. Lagu ini mengingatkannya
kepada Adil. Adil suka sangat menyanyi lagu ini. Apabila ditanya kenapa dia
begitu menyukai lagu ini, Adil hanya akan tersenyum. Namun, ingatannya kepada
Adil tercantas apabila Hairul bersuara.
“Lupa nak bagitahu. Minggu depan family saya nak pergi jalan-jalan dekat
PD. Dira nak ikut. Dia suruh awak tolong tanya mak cik boleh tak dia ikut
sekali. Dia kata takut nak bagitahu sendiri dekat mak cik”. Hairul tergelak
kecil mengingatkan perbualannya dengan Dira dan Sabrina semalam. Adiknya,
Sabrina beriya-iya mengutuk Dira pengecut. Nampak kasar tapi penakut.
“Ish budak tu. Dia yang nak ikut, kita pulak kena bagitahu
kat emak. Itupun takut. Macamlah mak tu pukul dia. Kena membebel mungkinlah”.
Tanpa sedar, Hasya membebel sendiri mengingatkan adik perempuannya yang seorang
itu. Dan sesaat itu juga dia baru teringat yang dia sekarang bukan di dalam
keretanya tetapi kereta Hairul. Hasya menjeling sekilas memandang Hairul.
Lelaki itu sedang tersenyum. Eeii, malunya. Ni semua Dira punya pasallah.
“Sorry”.
Hasya bersuara perlahan.
“Kenapa sorry?”.
Hairul masih lagi tersenyum. Geli hati melihat gelagat Hasya tadi.
“Sebab bising-bising tadi kejap. Terlupa saya ada
orang lain dengan saya sekarang”. Hasya terus memaling muka ke arah tingkap
tempat duduknya. Tidak sanggup ingin memandang ke hadapan. Memandang ke arah
pemandu lagi dia tidak sanggup. Selepas insiden itu, suasana kembali senyap
sehinggalah sampai di office Hasya.
“Terima kasih ye”. Hasya memaniskan muka menuturkan
rasa terima kasihnya kepada Hairul yang terpaksa bersusah payah menghantarnya
ke sini.
“Sama-sama. Balik nanti nak saya ambil pukul
berapa?”. Hairul bertanya.
“Eh, takpe-takpe. Balik ni saya tumpang kawan saya.
Terima kasih”. Hasya menolak pelawaan Hairul. Tidak sanggup ingin menumpang
kereta Hairul lagi. Segan tahap 9 skala Richer.
“Tapi mak cik ada pesan tolong suruh saya ambil
awak petang nanti”. Hairul berkata jujur. Memang Mak Piah ada berpesan meminta
Hairul menumpangkan anaknya ketika balik kerja petang nanti. Itupun kalau tidak
menyusahkan lelaki itu.
“Err…yeke? Tak apa nanti saya cakap dekat mak, saya
tumpang kawan balik nanti”. Hasya masih lagi menolak.
“Tak apalah saya ambil awak juga petang nanti.
Kalau awak tak nak bagitahu, nanti saya tanya mak cik”. Hairul masih tidak mahu
mengalah.
“Ehmm…pukul 5.30 saya habis kerja”. Hasya terpaksa
juga memberitahu. Nanti kalau Hairul bertanya emaknya, pasti balik nanti dia
akan mendengar bebelan emaknya. Tak sanggup.
“Okay. Petang ni saya tunggu awak dekat sini”.
Hasya hanya mengangguk. Malas mahu memanjangkan perbualan dengan Hairul.
……………………….
Selepas solat Isyak, Hasya keluar daripada biliknya
menuju ke ruang tamu di tingkat bawah. Sudah lama dia terdengar suara gelak
tawa Hasya dan emaknya. Entah apa yang dibualkan oleh mereka. Hasya duduk di
sebelah emaknya. Dilihat mereka berdua sedang seronok melihat gambar-gambar
percutian dia dan Dira bersama keluarga Hairul di PD. Bukan dia yang
tergedik-gedik ingin mengikut mereka tetapi kerana syarat emak yang mahu dia
mengikuti adiknya itu ke sana. Puas adiknya memujuknya untuk turut serta dan akhirnya
dia bersetuju.
Melihat gambar-gambar tersebut mengingatkan tentang
percutian mereka ke sana. Emak Hairul bukan main melayannya dengan baik.
Maklumlah calon menantulah katakan. Tetapi layanan yang diberikan kepadanya
macam dah lagak menantu sahaja. Sangat ngeri. Tetapi ada lagi peristiwa yang
lebih ngeri daripada ini. Kalau boleh dia tidak mahu ingat.
Sehari sebelum pulang ke rumah, Hairul telah
meluahkan perasaan kepadanya. Kelu Hasya ketika itu. Dia tidak tahu apa yang
patut dibalas semasa sesi luahan perasaan itu. Mungkin kerana terkejut, di
terus berlari masuk ke dalam bilik homestay
yang dikongsi bersama Dira. Malam itu dia tidak keluar makan dengan alasan
tidak sihat badan . Padahal dia tidak mahu bertembung dan bertentang mata
dengan Hairul.
“Mak, tengok ni gambar kakak dengan abang Hairul.
Bagai pinang dibelah dua kan mak”. Mendengar kata-kata Dira, Hasya memakukan
pandangannya ke arah laptop adiknya
yang sedang memaparkan gambarnya dengan Hairul. Entah bila diambilnya gambar
ini.
“A’ah. Sorang handsome,
sorang cantik. Dah elok sangatlah tu. Ye tak Dira”. Mak Piah bertanya kepada
Dira. Sengaja dia ingin mengusik Hasya walaupun sebenarnya dia betul-betul
memaksudkan kata-katanya.
“Betul betul betul”. Dira menjawab dengan membuat
gaya Upin dan Ipin. Hasya hanya berdiam diri. Tidak ada mood ingin membalas
kata-kata emak dan adiknya. Akhirnya dia bangun menuju ke dapur membancuh
coklat panas sebelum berlalu ke ruang tamu di tingkat atas. Tengok movie lagi best daripada layan emak dan
adiknya yang suka sangat memadankan dirinya dengan Hairul.
………………………………
Tengahari itu, Hasya tidak turun lunch. Entah kenapa hatinya berasa
gelisah sahaja sejak pagi tadi. Adakah sebab mimpinya malam tadi. Dia sendiri
keliru sebenarnya kerana sudah dua kali dia bermimpi ada orang datang untuk
meminangnya. Dia tidak dapat lihat dengan jelas wajah lelaki yang muncul dalam
mimpinya itu. Kalaulah lelaki itu Adil……
Ringtone lagu Open
Your Eyes nyanyian Maher Zain berbunyi. Dipandang skrin telefonnya untuk
melihat siapa yang menelefonnya. Emak? Ada apa pulak emak telefon ni. Butang call berwarna hijau ditekan.
“Assalamualaikum. Hasya tengah makan ke ni?”. Mak
Piah bertanya.
“Waalaikumussalam. Taklah mak. Hasya diet lunch ni”. Hasya ketawa kecil. Dietlah sangat.
“Hai, badan dah kurus melidi tu pun nak diet lagi ke? Lainlah kalau badan macam
mak ni. Ternak lemak aje kerjanya”. Mak Piah cuba berlawak. Hakikatnya dia ada
satu berita yang ingin diberitahu kepada Hasya tetapi dia risau akan penerimaan
Hasya. Ingin menunggu sewaktu Hasya balik kerja petang nanti tetapi hatinya
sudah tidah betah menahan daripada mengkhabarkan berita ini.
“Ada apa mak call
ni?”. Hasya mula bertanya selepas berhenti daripada ketawa mendengar luahan
hati emaknya tadi berkenaan ‘perniagaan’ ternak lemaknya.
“Ehmm…ni tadi ada orang datang rumah”. Mak Piah
memulakan mukadimahnya.
“Siapa?”. Hasya bertanya. Hatinya mula
berdebar-debar. Segera dia teringatkan mimpinya itu. Family Adil ke?
“Mak Cik Habsah. Tadi dia datang dengan rombongan
lain kata nak menyunting ‘bunga’ mak yang sorang ni”. Suara Mak Piah seperti
kerisauan. Bimbang anaknya terus menolak pinangan Mak Cik Habsah. Namun, Hasya
hanya diam. Selepas Mak Piah memanggil namanya beberapa kali, barulah dia
menyahut.
“Ehmm…mak. Nantilah kita bincang balik dekat
rumah”. Hasya ingin segera memutuskan perbualan dengan emaknya. Hatinya sudah
tidak keruan. Entah kenapa hatinya terasa pedih. Mungkin kerana dia terlalu
berharap Adil yang datang menyunting dirinya menjadi isteri yang sah kepada
lelaki itu.
“Okaylah”. Selepas memberi salam, talian
diputuskan. Sepanjang hari itu, Hasya tidak boleh menumpukan perhatian terhadap
kerjanya. Berita yang dikhabarkan emaknya tadi benar-benar menganggu
konterasinya sehingga beberapa kawannya ada menegur tentang sikapnya yang
tiba-tiba menjadi pendiam.
……………………………
“Hasya fikir dulu masak-masak sebelum buat
keputusan. Jangan tolak macam tu aje”. Mak Piah cuba memujuk Hasya yang sudah
menyuruhnya memulangkan kembali cincin yang dibawa bersama rombongan Mak Cik
Habsah pagi tadi.
“Yelah Hasya. Tak baik hampakan hati orang. Buat
solat istikharah dulu. Bila dah yakin, baru beritahu mak dengan ayah
keputusannya. Apa-apa pun keputusan Hasya nanti, mak dengan ayah terima dengan
hati terbuka”. Giliran ayah pula memujuk. Kalau boleh dia tidak mahu memeningkan
kepala memikirkan hal ini. Cukuplah dia menolak pinangan daripada Mak Cik
Habsah sekarang. Tetapi melihat air muka emak yang sedih apabila dia
terang-terang menolak hasrat kawan baik emaknya, hatinya turut sedih.
Sebolehnya dia tidak mahu mengecewakan hati emak yang tega melayan karenahnya
sejak dari kecil. Kerana itu, Hasya hanya
mengangguk mendengar cadangan emak dan ayahnya sebelum membuat keputusan.
Telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi. Hasya yang
sedang berbaring di atas katil memikirkan masalah ‘negaranya’ segera bangun
mengambil handphone yang terletak di
atas meja solek. Nombor yang tentera di skrin telefon tidak diketahuinya. Dia
melekapkan handphone di telinga
selepas menekan button call.
“Assalamualaikum”. Si pemanggil memberi salam.
Hasya menjawab salam si pemanggil itu.
“Siapa ni?”. Hasya bertanya. Suara si pemanggil ini
seperti pernah didengarinya.
“Hairul”. Jawab si pemanggil itu. Hasya terus
terdiam. Sejak peristiwa di PD itu, dia terus mengelak daripada bertemu dengan
Hairul. Majlis harijadi cucu Mak Cik Habsah pada minggu lepas pun dia tidak
pergi. Hanya emak dan Dira sahaja yang hadir.
“Err…Sofea. Awak ada lagi tak ni?”. Hairul mula
gelisah apabila tidak mendengar suara Hasya. Hanya Hairul seorang yang
memanggilnya Sofea. Sudah berapa kali dipesan untuk memanggilnya Hasya tetapi
lelaki itu tetap juga memanggil Sofea. Katanya dia suka dengan nama Sofea.
Err…agak-agak ex-girlfriend dia dulu
nama Sofea jugak kot? Itu yang suka sangat nama Sofea.
“Kenapa call?”.
Hasya bersuara dingin.
“Awak dah buat keputusan?”.
“Awak nak tahu sekarang ke keputusan saya?”.
“Ambillah masa fikirkan. Jangan buat keputusan
terburu-buru”. Hairul cuba bersuara selembut mungkin memujuk Hasya.
Mendengarkan suara dingin Hasya, dia dapat mengagak keputusan gadis itu buat
masa ini.
“Kenapa awak suka saya? Kenapa tak suka orang
lain?”. Hati Hasya seakan-akan merintih. Terlalu ramai orang menaruh harapan
untuk melihat dirinya bersanding dengan Hairul sedangkan hatinya sudah dimiliki
oleh orang lain.
“Tak boleh ke saya nak suka awak?”. Suara Hairul
mula kedengaran sayu.
“Saya tak boleh nak sukakan awak. Saya langsung tak
ada simpan perasaan apa-apa pun kat awak, Hairul”. Biarlah Hasya
berterus-terang tentang isi hatinya. Tidak mahu Hairul mengharapkan cintanya.
“Sebab awak tak pernah bagi peluang dekat hati awak
untuk kenal saya lebih rapat”. Hasya mengeluh kecil. Ayat yang pernah emak
tuturkan padanya. Adakah memang salahnya kerana tidak cuba untuk memberi
peluang kepada lelaki lain selain Adil untuk selami hatinya?.
“Saya…saya...ehm…awak…”. Hasya tidak tahu ayat apa
yang ingin diberitahu kepada Hairul untuk tidak terus menyimpan perasaan
terhadapnya. Dia tidak boleh memberi tahu Hairul bahawa hatinya milik Adil.
Pasti lelaki itu akan tertawakannya kalau dia memberitahu yang dia sudah
berjanji untuk menunggu lelaki yang sudah sepuluh tahun tidak didengar khabar
berita.
“Sofea, saya ikhlas sukakan awak. Kalau awak nak
suruh saya lupakan awak, saya memang tak boleh. Saya pernah cuba Sofea untuk
lupakan awak dan saya pujuk hati saya ni untuk terima kawan perempuan saya yang
memang menaruh perasaan pada saya. Tapi saya tak mampu. Setiap kali saya keluar
dengan dia, hati dan fikiran saya hanya memikirkan awak je. Saya tak boleh nak
tipu hati saya sendiri apatah lagi hati kawan saya tu. Lepas dah jelaskan
segalanya pada dia, saya tekad untuk tetap mahu mencuba mencuri hati awak.
Sebab tu saya beranikan juga luahkan perasaan saya pada awak. Bila awak tak
bagi respon apa-apa pun, hati saya lagi tak keruan. Saya suruh emak pinangkan
awak. Mungkin dengan cara ni awak boleh fikir baik-baik tentang lamaran saya
ni. Saya, Hairul Irfan dengan seikhlas hati suka dan sayangkan awak, Sofea
Harisya”. Kata-kata yang diluahkan oleh Hairul itu sedikit sebanyak mengusik
hati Hasya.
“Kalau kata selepas awak dah fikir masak-masak dan
keputusannya masih juga tidak, saya akan terima dengan hati terbuka. Saya
takkan paksa awak dah. Mungkin awak bukan jodoh yang Allah tentukan untuk menjadi
isteri dan ibu kepada saya dan bakal anak-anak saya. Saya akan terima Sofea”. Ungkap
Hairul pasrah dengan keputusan yang bakal diambil oleh Hasya nanti. Selepas
memutuskan talian, air mata Hasya mula mengalir deras. Sebak dan terharu
mendengar luahan hati seorang lelaki yang begitu ikhlas menyayangi dirinya.
‘Apa yang patut aku lakukan. Aku sudah berjanji
dengan Adil akan setia menunggunya. Tetapi sampai sekarang aku masih tidak
mendengar khabarnya. Hampir sepuluh tahun aku menunggunya, namun satu pun
khabar tentangnya aku tidak dengar. Sihatkah dia?. Ingatkah dia pada aku lagi?.
Soalan-soalan inilah yang sering menghantuinya sejak terputus hubungan dengan
Adil sepuluh tahun lalu. Dia ada mengirimkan beberapa surat kepada Adil di
Dubai, namun sehingga sekarang tiada satu pun balasan daripadanya. Betul ke dia
masih menunggu aku?
Betul ke kata-katanya dulu yang kami mungkin akan
bertukar status apabila bertemu kembali bermaksud dia ingin mengikat aku
menjadi surinya. Ataupun hatiku tersalah meneka?’. Setelah berteka-teki, Hasya
bangun menuju ke bilik air. Ingin mengambil wudhuk, mengadu kepada yang Maha
Esa. Mungkin selepas ini dia akan mendapat jawapan untuk masalah yang sedang
melandai dirinya.
…………………………………
Sabtu itu, Hasya meluangkan masanya berjalan-jalan
di shopping complex Midvelley.
Setelah hampir sejam mundar-mandir di kedai menjual pakaian, Hasya melangkah ke
Secret Recipe. Tiba-tiba dia terasa ingin makan kek tiramisu yang sudah lama tidak dirasainya. Kek tiramisu merupakan kek kegemarannya. Setelah selesai membuat
bayaran dan menapak keluar daripada Secret
Recipe, dia terdengar ada suara seseorang memanggil nama Harisya. Dia
berpaling ke belakang untuk memastikan dialah Harisya yang dipanggil seseorang
tadi. Mana tahu ada orang lain yang bernama sama dengannya di situ.
Hasya melihat seorang budak perempuan lebih kurang
sebaya Dira memandang tepat ke arahnya. ‘Aku kenal dia ke?’. Hati Hasya
berbisik kecil.
“Akak ni Sofea Harisya kan?”. Tanya budak perempuan
tadi apabila berada hampir dengan Hasya.
“Ya, akak Harisya. Adik ni siapa ya? Akak rasa
macam tak pernah kenal pun dengan adik ni?”. Hasya mengerut dahi. Cuba
mengingat jika wajah di depannya ini pernah dilihatnya di mana-mana.
“Saya…Syikin. Akak tak cam ke?”. Syikin
memperkenalkan diri.
“Maaf, akak tak pasti pulak Syikin mana. Kawan adik
akak ke?”. Hasya masih tidak pasti siapa budak perempuan yang bernama Syikin
ni. Mungkin kawan Dira kot. Dia pun bukan kenal sangat dengan kawan Dira tu.
“Bukanlah. Mungkin sebab dah sepuluh tahun berlalu,
muka Syikin pun dah berubah kan?”. Syikin masih berteka-teki. Tidak memberitahu
identiti sebenar dirinya.
“Sepuluh tahun? Err...apa maksud Syikin ni?”. Hati
Hasya terdesak ingin mengetahui siapa sebenarnya Syikin. Kenapa disebut sepuluh
tahun berlalu?
“Syikin ni Shin la akak. Adik kawan baik akak dulu.
Adil Safuan. Dah ingat?”. Syikin memberitahu. Hasya kelu. Budak di hadapannya
sekarang adalah Shin, adik Adil. Dia tidak pernah tahu nama Syikin kerana
jarang berjumpa dan berborak dengan Syikin dulu. Hanya mendengar Adil menyebut
Shin sahaja setiap kali Adil membebel perihal adiknya yang sangat nakal waktu
kecil dahulu.
“Oh…Syikin sorang je ke?”. Mata Hasya sudah mula
melilau memandang sekeliling. Mana tahu Adil turut berada berdekatan dengan
mereka.
“Abang Adil tak ada dekat sini. Dia ada dekat
hotel”. Syikin menjawab pertanyaan Hasya. Melihat Hasya yang seperti ingin
berkata sesuatu, dia terus menyambung percakapannya.
“Syikin dengan abang ada hal dekat sini. Kami masih
tinggal di Dubai. Akak…akak nak jumpa abang?”. Pertanyaan Syikin menyentakkan
dirinya. Jumpa dengan Adil?. Memang sudah lama dia ingin berjumpa dengan lelaki
itu. Tetapi kenapa apabila Syikin mempelawanya berjumpa Adil, dia teragak-agak
memberi jawapan. Adakah kerana statusnya sekarang sebagai tunangan orang?.
“Err…akak tak bersedia lagi nak jumpa. Syikin bagi contact number dekat akak. Nanti akak message Syikin balik bila akak dah ready nak jumpa”. Hasya tidak rasa untuk
berjumpa Adil sekarang. Dia tidak tepati janjinya dengan Adil. Macam mana kalau
Adil tahu dia sudah bertunang. Selepas Syikin memberi nombor telefonnya, Hasya
terus meminta diri.
Di dalam kereta, Hasya mengeluh berat. Kenapa baru
sekarang Adil muncul? Kenapa? Air mata Hasya mula mengalir deras di pipi
mengenangkan dirinya yang jelas tidak setia. Hasya terpandangkan beberapa
barang untuk majlis perkahwinannya yang dibeli sebelum singgah di Mid Velley
tadi. Hatinya semakin pilu. Hairul, lelaki yang begitu tabah melayan
perangainya yang selalu bersikap dingin setiap kali mereka keluar bersama. Dia
ingat lagi ketika mereka ke Butik Pengantin untuk menempah baju perkahwinan
mereka.
“Awak, yang ni cantik tak?”. Hairul kelihatan
teruja menunjukkan baju kebaya moden berwarna biru laut kepadanya. Namun, dia
langsung tidak menghiraukan pertanyaan Hairul.
“Yang ni pun cantik jugak kan? Rasa sesuai je
dengan awak”. Hairul masih lagi meminta pendapat Hasya. Hasya masih juga
berdiam diri. Dia langsung tidak berasa gembira dengan majlis perkahwinannya
yang bakal berlangsung tiga bulan lagi. Dia ditunangkan dengan lelaki yang dia
langsung tidak ada rasa cinta dalam hatinya. Tetapi dia tetap juga mengambil
keputusan menerima pinangan Hairul kerana setelah melakukan beberapa solat
Istikharah, dia bermimpi lagi tentang seseorang yang datang meminangnya. Tetapi
mimpi pada kali itu jelas menunjukkan muka seseorang itu. Bukan Adil. Tetapi
Hairul. Dia cuba meyakinkan dirinya bahawa Hairul adalah jodoh yang Allah
tetapkan untuk dia. Dengan restu emak dan ayahnya, dia menerima Hairul.
“Kalau awak tak nak teruskan perkahwinan ni,
bagitahu saya. Ada masa lagi nak cancel
majlis ni”. Suara Hairul yang sayu mengembalikan dirinya ke alam nyata. Cancel?
“Apa awak cakap?”. Hasya memandang Hairul pelik.
Apa yang cancel? Dia tidak mendengar
apa yang diungkapkan Hairul tadi kerana asyik mengelamun.
“Perkahwinan ni tak bermakna bagi awak kan?”.
Hairul meluahkan rasa kecewa dengan sikap Hasya yang seperti tidak mahu hidup
bersamanya. Adakah keputusan Hasya kerana ibu bapanya?. Kerana tidak mahu
mengecewakan hati ibu bapanya, Hasya redha dengan semua ini?
“Kenapa awak cakap macam ni?”. Hasya serba salah.
Kesian melihat muka Hairul yang sudah berubah.
“Cik, terima kasih ya. Nanti lain kali kami datang
lagi”. Hairul terus berlalu keluar daripada butik itu. Dia malu dengan pekerja
di butik itu. Malu apabila pekerja itu memandang pelik ke arahnya dan Hasya.
Hanya dia yang nampak gembira dengan perkahwinan ini, tetapi tidak Hasya. Apa
gunanya meneruskan majlis ini jika hanya akan membuat hatinya terguris dengan
sikap sambil lewa Hasya. Sepanjang perjalanan balik ke rumah Hasya, tidak ada
sepatah pun kata-kata keluar daripada mulut Hairul. Hasya benar-benar berasa
bersalah. Mungkin Hairul tekad untuk melepaskannya?
Bunyi hon kereta di hadapan menyentakkan Hasya.
Terlalu lama dia mengelamun. Melihat jam sudah menginjak ke pukul 2 petang, dia
segera menghidupkan enjin kereta untuk pulang ke rumah menunaikan solat Zohor.
………………………………
Sampai sahaja di rumah, Hasya melihat kereta Hairul
di parkir di tepi pokok manga di luar rumah. Sejak peristiwa di Butik
Pengantin, Hairul langsung tidak menghubunginya. Masih marahkah lelaki itu?
Setelah memberi salam, Hasya melangkah ke dalam
rumah. Dilihat Mak Cik Habsah dan Mak Piah sedang seronok mengubah barang
beberapa barang hantarannya. Wajah mereka sungguh gembira. Hasya memaling ke
arah sofa di ruang tamu. Ayah sedang berborak-borak dengan Hairul. Sesaat
kemudian, Hairul memandang ke arahnya. Melihat Hairul yang tersenyum manis,
dada Hasya tiba-tiba berdegup kencang. Dia berpaling ke arah lain. Entah kenapa
dia terasa ada perasaan aneh ketika berpandangan dengan Hairul tadi. Sekali
lagi dia memandang Hairul. Lelaki itu masih lagi memandangnya. Tetapi kali ini
tiada senyuman. Hanya pandangan yang sukar dia jelaskan.
“Apa khabar bakal menantu mama ni?”. Mak Cik Habsah
sudah bangun berjalan menghampirinya yang masih lagi tercegat di depan pintu
rumah.
“Baik je. Mak Cik…err…mama?”. Tergeliat lidah Hasya
ingin memanggil Mak Cik Habsah mama. Tidak biasa. Sejak menjadi tunangan
Hairul, Mak Cik Habsah menyuruhnya memanggil mama.
“Mama pun sihat. Dari mana ni?”.
“Jalan-jalan dekat Mid Velley. Ni Hasya ada beli kek tiramisu”. Hasya menunjuk kek
yang dibelinya di Secret Recipe tadi.
“Untuk Hairul ke ni? Macam tahu-tahu je Hairul nak
datang sini?”. Mak Cik Habsah mengambil kek tersebut dan dibawa ke dapur. Tapi
kenapa Mak Cik Habsah kata untuk Hairul? Aku beli pun sebab aku yang terasa nak
makan. Ke Hairul pun suka kek tiramisu ni?
“Abang Deris, abang, Hairul mari makan kek ni.
Hasya beli kek tiramisu. Hairul ke yang pesan ni?”. Mak Cik Habsah bertanya
kepada Hairul.
Hairul memandang Hasya sekilas sebelum menjawab.
“Tak adalah”. Jawab Hairul.
“Kek ni favourite Hairul. Hasya pun suka kek ni
ke?”. Mak Cik Habsah bertanya kepada Hasya pula. Hasya hanya mengangguk.
“Kek kahwin nanti kita buat kek tiramisu jelah. Dah
dua-dua suka kek ni”. Mak Cik Habsah memberi cadangan. Hasya menjeling Hairul.
Ingin melihat reaksinya. Namun lelaki itu selamba sahaja menyuap kek ke dalam
mulut. Tidak komen apa-apa. Hasya berasa pelik. Kebiasaanya Hairul suka sahaja
membalas balik segala cadangan yang emaknya usulkan. Ada yang dia suka, ada
yang tidak berkenan. Tetapi kali ini tiada respon. Hairul betul-betul ke mahu
putuskan pertunangan mereka. Hati Hasya dengan tiba-tiba terasa gelisah.
Seperti dia tidak mahu perkara itu berlaku.
………………………………
Malam itu, Hasya membuat keputusan untuk bertemu
dengan Adil pada keesokan harinya. Dia perlu meminta penjelasan daripada apa
yang dikatakan dahulu kepadanya dan sebab-sebab tidak pernah berhubung
dengannya dalam masa sepuluh tahun ini walaupun lelaki itu sudah berjanji akan
sentiasa menghubunginya. Dalam masa itu juga, dia ingin berterus-terang tentang
dirinya sudah menjadi tunangan orang. Selepas menghantar message kepada Syikin memaklumkan perihal berkenaan, dia berbaring
memandang syiling biliknya memikirkan Hairul dan Adil.
Bunyi handphone
Samsung Note 2 di sisinya mematikan segala lamunan Hasya. Bulat matanya melihat
nama Hairul terpapar di skrin telefon itu. Terus hatinya berdebar-debar. Kenapa
pulak rasa berdebar ni. Biasanya kalau Hairul menelefon, sebolehnya dia tidak
mahu angkat. Rasa menyampah dan malas ingin berbual-bual dengan tunangnya ini. Tetapi
kali ini lain pula. Rasa hendak diangkat, tetapi buntu untuk berborak tentang
apa nanti.
Talian mati begitu sahaja sebelum sempat diangkat.
Hasya mengeluh. Berharap Hairul akan menelefonnya kembali. Setelah hampir 30
minit, masih tiada kedengaran bunyi ringtone
daripada handphone dia. Hasya
mengeluh lagi. Baru dia berkira-kira ingin melangkah ke bilik air, telefon sekali
lagi berbunyi. Pantas dia berlari ke arah katil mengambil handphone. Tersenyum dia seketika sebelum menekan butang call.
“Assalamualaikum”. Hairul memberi salam. Hasya
menjawab salam Hairul.
“Awak tengah buat apa?”. Hairul bertanya kerana
bimbang dia mengganggu tunangnya itu kerana jam pun sudah menunjukkan ke angka
12 tengah malam.
“Err…tak ada buat apa-apa. Baring-baring je atas
katil. Tak boleh tidur”. Saat ini Hasya terasa dirinya semput ingin berbual
dengan Hairul. Dengan debaran hati yang seakan-akan ingin terkeluar jantungnya.
Kenapa ni?
“Awak nak saya dodoikan awak ke?”. Hairul ketawa
kecil mengusik Hasya.
“Dodoi? Err…boleh ke?”. Hasya mengetuk kepala
apabila menyedari ketelanjuran pertanyaannya itu.
“Boleh je. Awak suka lagu apa?”.
“Ikut awak la nak nyanyi lagu apa”. Hasya mula
merebahkan diri di atas katil.
“Okey”. Jawab Hairul pendek. Dia mula menyanyikan
sebuah lagu yang benar-benar menggambarkan perasaannya kepada Hasya.
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
Setelah selesai menyanyi, kedua-dua mereka diam.
Hairul cuba menahan dirinya daripada mengalirkan air mata yang sudah bergenang
di mata. Hasya pula menggigit bibir menahan tangis. Terlalu dalam maksud di
sebalik kata-kata yang terdapat di dalam lirik lagu yang dinyanyikan Hairul
sebentar tadi. 10 minit berlalu barulah Hairul bersuara.
“Sofea…”
“Ehm…”
“Saya ada something
nak bagitahu”.
“Apa?”. Hasya mula berdebar-debar kembali. Jangan
dicakap tentang putus tunang. Pinta hati Hasya.
“Sebenarnya saya…”. Suara Hairul bergetar. Seperti
tidak mahu diluahkan apa yang mahu dia perkatakan kepada Hasya. Hasya masih lagi
menunggu kata-kata Hairul yang tersekat di tengah jalan.
“Awak tahu kan saya sangat sayangkan awak?”. Hairul
dengan suara sayu bertanya Hasya tentang perasaannya.
“Ya”. Ringkas Hasya menjawab.
“Saya nak awak tahu sampai bila-bila pun saya akan
tetap sayangkan awak. Walau apapun terjadi, hati saya tetap milik awak
seorang”. Hairul melepaskan keluhan berat selepas menuturkan ayat itu. Tidak
pasti dirinya kuat seandainya ditakdirkan dia berpisah dengan Hasya.
“Hairul, kenapa awak cakap macam ni?”. Hasya sudah
mula teresak-esak. Dia tiba-tiba terasa takut mendengar kata-kata Hairul.
Seakan-akan mereka mungkin tidak dapat bersama nanti.
“Ehmm…tak ada apa-apalah. Kita sambung bual lain
kalilah. Dah lewat malam ni. Assalamualaikum”. Selepas memberi salam, Hairul
langsung memutuskan talian. Tidak sanggup mendengar esak tangis Hasya yang
meruntun jiwa lelakinya. Hasya pula terus menyembamkan kepalanya ke bantal. Dia
betul-betul sedih. Hatinya terasa pedih dengan kata-kata yang dituturkan Hairul
tadi. Adakah hatinya sudah terbuka menerima Hairul sebagai seseorang yang
istimewa menggantikan Adil?
……………………………….
Hasya tidak senang duduk sejak mendapat message daripada Syikin menyatakan
tempat pertemuan yang bakal berlangsung antara dia dan Adil. Nafas ditarik panjang
untuk menghilangkan debaran namun tetap tidak menjadi. Setelah memastikan
penampilannya kemas seperti biasa, dia tergesa-gesa menuruni anak tangga. Kunci
kereta yang tergantung di tepi dinding berdekatan dengan pintu rumah dicapai.
Setelah memastikan enjin kereta panas, dengan lafaz bismillah, Hasya memulakan
perjalanan ke tempat yang ingin dituju iaitu Tasik Titiwangsa. Hampir setengah
jam perjalanan, akhirnya sampai juga dia di sini. Debaran tetap terasa. Dia
mengintai-intai di sebalik kaca cermin keretanya untuk memastikan sama ada
Syikin dan abangnya sudah sampai atau belum. Entah apa yang dikatakan oleh
Syikin untuk menjayakan pertemuannya pada hari ini kepada abangnya. Ketukan di
cermin kereta hampir membuatkan Hasya diserang sakit jantung. Diusap-usap
dadanya sebelum membuka pintu kereta.
“Sori terkejutkan akak”. Syikin tersengih dengan
riak bersalah mengejutkan Hasya yang seperti mencari-cari seseorang tadi.
“Sikit lagi akak nak pitam tadi. Err…mana abang Syikin?”.
Pertanyaan Hasya mengundang ketawa kecil Syikin.
“Amboi, tak sempat-sempat nak jumpa abang ke?”.
Syikin mengusik Hasya.
“Taklah”. Hasya jawab pendek.
“Akak nampak tak lelaki yang pakai topi, yang baju
warna biru tu? Itulah abang. Pergilah jumpa dia. Syikin tunggu dalam kereta
abang”. Saat terpandang susuk tubuh yang ditunjuk Syikin tadi, langkah menjadi
kaku. Betul ke tidak tindakan yang dia lakukan sekarang. Setelah berkira-kira
di dalam hati, dengan penuh yakin dia berjalan menapak mendekati lelaki yang
sedang duduk di bangku yang ralit memandang ke arah tasik.
Setelah hampir sampai di bangku yang diduduki
lelaki itu, Hasya menarik nafas sebelum memberi salam. Jelas riak terkejut di
wajah itu taktala terpandang dirinya yang berdiri di tepi bangku sambil
tersenyum. Setelah menjawab salam, Adil mempelawa Hasya duduk di sebelahnya.
“Awak kenal saya lagi tak?”. Hasya memulakan
perbicaraan apabila melihat Adil yang masih berdiam diri. Mungkin dia
sangat-sangat terkejut dengan pertemuan yang tidak disangka ini. Adil hanya
mengangguk perlahan. Mana mungkin dia lupa raut wajah yang suatu masa dulu
sentiasa ditatapnya saban hari sebelum berpisah. Lesung pipit di kedua-dua
belah pipi wanita itu sudah cukup membuatkan Adil mengenali Hasya walaupun
sudah hampir sepuluh tahun tidak bertemu.
“Apa khabar?”. Hasya menjeling sekilas Adil di
sebelahnya yang lebih suka berdiam diri.
“Baik. Awak?”. Giliran Adil pula bertanya.
“Baik jugak. Awak buat apa kat Malaysia? Lama dah
datang sini?”. Hasya pura-pura tidak mengetahui sebab Adil datang ke sini walaupun
Syikin sudah memberitahunya semalam.
“Saya adal hal dekat sini. Awak…macam mana tahu
saya ada dekat sini?”. Adil langsung tidak memandang Hasya sewaktu bertanya
soalan itu. Entah kenapa dia berasa tidak mampu untuk memandang gadis di
sebelahnya itu.
“Semalam kebetulan terserempak dengan Syikin. Dia
yang tegur saya dulu. Saya pun tak cam jugak Syikin tu”. Ulas Hasya. Bibirnya
seperti ingin menuturkan sesuatu tetapi entah mengapa tidak terkeluar pula
perkara yang ingin ditanya kepada Adil. Kedua-dua kembali diam. Hasya mengeluh
kecil. Pelik dengan Adil yang seakan-akan tidak suka berbicara dengannya. Hanya
berdiam diri sambil merenung jauh ke tasik. Seperti dirinya tidak wujud di
situ.
“Kenapa selepas berpisah, awak langsung tak hubungi
saya? Awak janji yang awak tetap akan contact
dengan saya, kan? Saya ada pos surat-surat dekat alamat yang awak bagi dekat
saya sehari sebelum berangkat. Awak langsung tak dapat satu pun surat saya
ke?”. Perasaan ingin tahu tentang perkara sepuluh tahun itu, membuatkan Hasya
berani meluahkan segala apa yang dipendam. Adil masih juga diam.
“Sepanjang sepuluh tahun tu, saya akan tunggu
posmen datang dengan harapan awak balas balik surat-surat yang sangka itulah
salah satu cara yang menghubungkan saya dan awak. Tetapi tetap tak ada satu pun
surat daripada awak. Kenapa Adil?. Saya nak sangat tahu kenapa selama ni awak
langsung menyepi. Dalam tempoh sepuluh tahun ni, awak langsung tak pernah balik
Malaysia ke? Dalam tempoh sepuluh tahun ni, awak dah lupa saya? Awak lupa awak ada
kawan nama Sofea Harisya dekat Malaysia?”. Bertalu-talu soalan meluncur laju
keluar daripada mulut Hasya. Terasa ringan sedikit dadanya setelah meluahkan
segala soalan yang selama ini dibiarkan terkunci kemas di hatinya.
“Sorry”.
Hanya satu perkataan itu terkeluar daripada mulut Adil. Dia bukan mahu Adil
meminta maaf tetapi dia ingin tahu jawapan kepada soalan-soalannya tadi.
“Sorry untuk apa?”. Hasya masih juga cuba mengorek
jawapan daripada Adil.
“For
everything”. Jawab Adil ringkas.
“Saya nak tahu kenapa ‘everything’ tu berlaku?”. Hasya mula bersuara tegas. Memaksa Adil
memberitahu sebab untuk kata maafnya untuk segalanya yang berlaku.
“Tak ada sebab”. Jawab Adil selamba. Ingin meraung
Hasya di situ mengenangkan sikap Adil yang tidak dijangka itu. Semudah itu dia
menjawab. Segala yang berlaku pasti bersebab.
“Kenapa tak ada sebab?”.
Adil tetap juga dengan bisunya.
“Kenapa tak ada sebab?”. Hasya mengulangi ayatnya
tadi dengan suara yang sedikit kuat.
“Please,
jangan paksa saya”.
“I have to.
Sebab saya nak sangat tahu. Tell me,
Adil. Why?”. Hasya merayu kepada
Adil. Hatinya terasa berat dengan sikap Adil yang menjadi perahsia tiba-tiba.
“Kan saya kata tak ada sebab”. Adil mendengus
kecil. Tidak suka didesak begitu.
“Saya rasa macam tersalah jumpa orang je. Agaknya
awak ni bukan Adil Sufian kot. Pelanduk dua serupa, maybe?”. Hasya sengaja ingin menyakitkan hati Adil. Dia sendiri
sakit hati dengan sikap Adil sekarang ini.
“Maybe”.
Jawapan daripada Adil sekali lagi membakar kesabarannya. Sabar Hasya. Jangan
cepat melenting. Hasya memujuk dirinya.
“Ni soalan terakhir saya. Awak ingat tak kata-kata
awak yang kalau kita ditakdirkan bertemu kembali, status kita mungkin akan
bertukar. Status after kawan. Setahu
saya, kalau lepas berkawan, bertukar kepada couple
atau kahwin terus. Apa yang saya fikir selama ni salah ke?”. Hilang rasa malu
Hasya sewaktu bertanyakan soalan itu. Dia amat memerlukan jawapan untuk soalan
itu biarpun soalan-soalan yang diluahnya tadi tidak berjawab.
“Answer me,
Adil”. Hasya memaksa lagi.
Adil menarik nafas sebelum memberi jawapan yang
membuatkan hati Hasya hancur lumat seperti dikisar dengan mesin pengisar.
“Ya”. Hanya dengan perkataan ya, segala rasa rindu,
suka, sayang dan entah apa lagi yang disimpan selama ini untuk Adil hilang begitu
sahaja. Dirasa dirinya sangat bodoh. Tergeleng-geleng kepala Hasya. Sukar
baginya menerima jawapan Adil sebentar tadi. Sebelum air matanya melimpah, dia
terus meminta diri. Berlari-lari ke kereta dan terus memecut laju. Tidak tahu
ke mana arah tujuannya.
Malam itu, Hasya mengurungkan diri di dalam bilik.
Masanya dihabiskan dengan menangis mengenangkan pertemuan tadi. Pelbagai
perkataan negatif yang dilabelkan kepada dirinya kerana terlalu setia menunggu
Adil dalam tempoh sepuluh tahun sedangkan lelaki itu langsung tidak mempunyai
perasaan yang sama sepertinya.
…………………………………
Keesokan hari, setelah selesai membersihkan diri, handphone di atas meja di tepi katil
diambil. Tidak salahnya, ada beberapa panggilan yang masuk malam tadi kerana
terasa gegaran handphonenya beberapa
kali di bawah bantal, namun dia terasa malas mahu mengangkat. Dilihat terdapat
hampir 20 miskol daripada Syikin. Apa lagi yang di mahu oleh budak itu. Tiada mood untuk mengetahui sebab Syikin
menelefonnya banyak kali, dicampak kembali handphonenya
di atas katil. Sebaik sahaja tangannya memegang tombol pintu, kedengaran bunyi ringtone daripada handphonenya. Dia melangkah ke arah katil. Syikin kol? Kenapa?
Walaupun rasa malas mahu mengangkat, tetapi laju sahaja jarinya meneka butang call yang berwarna hijau itu.
“Akak, abang accident”.
Tanpa memberi salam, Syikin mengkhabarkan berita tentang abangnya yang
kemalangan semalam. Hasya pula sudah terkejut.
“Bi…bila?”. Tergagap Hasya bertanya.
“Malam tadi. Akak datang hospital ye”. Syikin mengajak
Hasya menemaninya di hospital. Sudah dikhabarkan berita ini kepada keluarganya
di Dubai.
“Err…akak…”. Hasya serba salah. Tidak tahu apa yang
patut dilakukan. Adakah kerana semalam dia sudah tidak mahu mempedulikan lelaki
itu dan adiknya?.
“Please, akak,
Syikin takut. Doktor kata teruk juga keadaan abang sekarang. Syikin takut abang
tinggalkan Syikin”. Syikin sudah tidak dapat membendung rasa sedihnya. Serasa
ingin dia meraung di situ mengenangkan abangya yang sedang dirawat di Unit
Rawatan Rapi. Doktor masih tidak
membenarkannya melihat abangnya.
“Okay. Syikin sabar ye. Nanti akak datang”. Hasya
cuba memujuk Syikin. Sedih mendengar tangisan Syikin. Talian diputuskan. Hasya
segera bersiap ala kadar. Dimaklumkan kepada emaknya bahawa dia ingin melawat
sahabatnya yang kemalangan. Kemudian, dia menelefon Sara, officematenya untuk memberitahu Encik Fadil, selaku ketuanya untuk
mengambil emergency leave hari ini
dan esok.
………………………………
Dengan berkat doa, akhirnya Adil mula menyedarkan
diri setelah hampir seminggu koma. Sewaktu itu dia berada di kafe hospital
bersama Syikin. Selepas menerima panggilan telefon daripada Umi Syikin,
bergegas mereka menuju ke wad yang menempatkan Adil. Semua ahli keluarganya
berada di situ. Umi, Syafiq dan Akram serta seorang wanita yang duduk di
samping Adil. Tidak pula dia melihat wanita itu selama 3 kali dia melawat Adil.
Dia juga pelik kerana langsung tidak terlihat kelibat En. Zamri, ayah Adil.
Sibuk sangat dengan bisnes di Dubai agaknya. Tetapi anaknya terlantar sakit
begini takkan tidak mahu menjenguk?
“Abang…”. Suara serak Syikin mengalihkan perhatian
Hasya ke arah Syikin yang sedang memeluk abangnya. Bersyukur kerana Allah masih
panjangkan umur abangnya. Alhamdulillah. Selepas pelukan terlerai, mata Adil
terus terpaku kepada Hasya. Lama. Sampaikan umi dan wanita itu turut mengalih
pandang ke arahnya. Hasya hanya memberikan senyuman taktala mereka memandangnya
pelik lebih-lebih lagi wanita itu.
“Dahaga”. Sepatah perkataan keluar daripada mulut
Adil. Matanya masih memandang Hasya.
Mengharapkan Hasya mengambil air untuk dia minum.
“Zara ambilkan air tu”. Umi mengarahkan Zara yang
berada berhampiran meja di sisi katil yang menempatkan segala jenis makanan
serta air masak menuangkan sedikit air ke dalam gelas. Straw dicapai dan segera dihalakan straw tersebut ke mulut Adil. Namun, lelaki itu menggeleng.
“Abang tak nak air? Tadi kata dahaga?”. Zara
memujuk lembut Adil yang tiba-tiba tidak mahu minum.
“Hasya, saya nak air”. Hampir pengsan Hasya ketika
Adil meminta air daripadanya. Dapat dilihat pandangan tajam daripada umi dan
wanita itu.
“Err…”. Hasya buntu. Tidak tahu sama ada perlu
mengikut kehendak Adil atau membiarkan wanita yang masih memegang gelas itu
memujuk Adil minum daripada gelas itu.
“Ni air dekat Zara. Minumlah, bang”. Pujuk Zara.
Adil geleng lagi. Tidak mahu memanjangkan drama yang dia sendiri tidak pasti,
Zara menyerahkan gelas yang dipegangnya kepada Hasya. Membiarkan Hasya membantu
Adil minum walaupun hatinya terasa pedih sedikit dengan sikap Adil itu.
Teragak-agak Hasya menyambut. Dihulurkan juga straw itu ke mulut Adil sebelum lelaki itu meyedut sedikit demi
sedikit air itu. Selesai memberi Adil minum, dia segera ingin menjauhi Adil
yang masih setia memandang raut wajahnya. Sebelum sempat melangkah, tangannya dipegang
Adil. Membuntang matanya melihat tindakan berani Adil itu. Sedaya upaya dia
cuba melepaskan pegangan tangannya daripada cengkaman tangan Adil.
“Adil…”. Hasya meminta Adil melepaskannya kerana
tidak betah melihat mata-mata yang memandang pelik, hairan, sinis, dan tajam ke
arahnya.
“Adil, lepas”. Suara Umi yang keras menyebabkan
Adil terpaksa melepaskan tangan Hasya. Terus Hasya meminta diri daripada Umi
dan berlari keluar daripada wad itu. Syikin turut sama berlari keluar
mendapatkan Hasya.
“Akak, tunggu”. Syikin melaung memanggil Hasya yang
sudah berlari ke arah lif di hadapan kaunter. Setelah lif terbuka, kedua-dua
mereka masuk ke dalam lif. Disebabkan terddapat beberapa orang yang turut
berada di dalam lif, Syikin hanya mendiamkan diri sambil sesekali menjeling ke
arah Hasya yang sekali sekala mengeluh kecil. Keluar sahaja daripada lif,
Syikin mengekori Hasya sehingga sampai di parkir kereta. Menyedari Syikin yang
masih berada di belakangnya, Hasya mematikan langkah sambil berpaling menghadap
Syikin.
“Akak nak balik ni Syikin”. Hasya bersuara perlahan
memohon Syikin mengerti bahawa dia ingin bersendirian sekarang.
“Tapi Syikin nak bagitahu akak something sebelum akak balik. Akak kena tahu jugak”. Syikin cuba menahan
Hasya daripada balik. Dia perlu menerangkan segalanya yang berlaku kepada
abangnya selama ini.
“Lain kali jelah Syikin. Akak rasa letih sekarang”.
Hasya sudah mula membuka pintu kereta. Dia ingin segera beredar kerana takut
mengetahui perkara yang ingin diberitahu oleh Syikin. Takut kalau telahannya
tentang apa yang berlaku tadi betul.
“Please
akak”. Syikin merayu kepada Hasya supaya memberinya peluang berbicara dengan
Hasya sekarang.
“Naiklah”. Hasya bersetuju juga. Dia memang selalu
lemah dengan situasi sebegini. Tidak boleh melihat orang merayu-rayu kepadanya
kerana dia cepat berasa kasihan. Hasya memandu kereta menuju ke Putrajaya,
tempat yang selalu dikunjunginya apabila dia berasa stress. Setengah jam selepas itu, mereka sampai di Putrajaya.
“Cakaplah”. Sepatah perkataan yang keluar daripada
mulut Hasya membuat Syikin berasa sedikit gabra. Walaupun dia sudah berjanji
kepada abangnya untuk tidak membuka mulut berkenaan kisahnya selamanya ini
kepada Hasya, tetapi hari ini, setelah kejadian yang berlaku di hospital tadi,
dia nekad untuk memberitahu Hasya cerita sebenarnya. Syikin menarik nafas
dalam-dalam sebelum membuka mulut.
“Akak nak tahu tak siapa Zara?”. Syikin bertanya
sambil memandang Hasya.
“Isteri Adil?”. Hasya meneka dalam berdebar. Syikin
terkejut dan terus mengangguk perlahan. ‘Mungkin daripada layanan Zara tadi
sudah mampu membuat Hasya meneka identiti wanita itu’, telah Syikin di dalam
hati. Hati Hasya sedikit terguris mengetahui status Zara.
“Abang sebenarnya terpaksa berkahwin dengan Kak
Zara. Kalau akak nak tahu, waktu kami sampai dekat Dubai dulu, kami accident. Ayah koma sebulan
sebelum…meninggal”. Syikin menarik nafas kembali setelah menutur ayat terakhir
itu. Sedih apabila mengingati peristiwa malang yang berlaku kepada keluarganya
sepuluh tahun lepas. Mujurlah umi dan adik-beradiknya yang lain cuma cedera
ringan sahaja.
“Sorry, akak tak tahu”. Hasya terkejut mendegar
tentang ayah Adil. Patutlah dia tidak pernah melihat ayah Adil di hospital itu.
Rupanya ayah Adil sudah lama meninggal.
“Tak apa. Ehm…lepas ayah meninggal, ayah Kak Zara
yang banyak tolong kami sekeluarga. Kami kenal family Kak Zara sebab ayah Kak Zara yang tolong kami waktu accident tu. Uncle Basir yang tolong
cari rumah untuk kami. Dia jugak yang tolong bayar yuran untuk sekolah kami
adik-beradik. Duit ayah pun mampu tanggung duit sewa rumah dengan barang-barang
keperluan je.
“Lepas abang Adil dah graduate, ayah Kak Zara jugak yang tolong abang cari kerja dekat company ayah Kak Zara kerja. Tak lama lepas
tu, ayah Zara beritahu Umi yang Zara suka abang. Ayah Kak Zara pun tak ada
paksa abang terima Kak Zara tapi mungkin Umi terasa terhutang budi dengan
segala pertolongan family Kak Zara,
Umi cuba jugak pujuk abang terima Kak Zara. Banyak kali abang tolak sebab akak.
Umi tak tahu pun pasal akak. Syikin tahu pun sebab Syikin baca diari abang.
Tetapi mungkin sebab rasa bersalah dekat Umi, abang terima jugak. Dah tiga
tahun diaorang kahwin dan Syikin tengok abang dengan Kak Zara tetap tak mesra.
Depan Umi dengan family Kak Zara je
diaorang pura-pura mesra”. Panjang lebar Syikin bercerita. Hasya pula sudah
mula mengalirkan air mata. Tidak tahu apa yang terjadi kepada Adil selama dia
berada di Dubai.
“Abang ada balik Malaysia nak cari akak. Syikin pun
ikut sekali lepas Syikin beritahu abang Syikin tahu pasal akak dan abang.
Tetapi waktu tu akak dah pindah. Abang ada tanya-tanya jiran dekat situ,
diaorang cuma tahu family akak pindah
dekat KL je. Alamat rumah akak diaorang tak tahu. Abang cari jugak cari akak
dekat KL tetapi tetap tak jumpa. Bila balik Dubai tu, abang terus bagi
keputusan terima Kak Zara”. Syikin menyambung cerita. Ingin Hasya tahu bahawa
abangnya pernah cuba mencari Hasya sebelum berkahwin. Mungkin memang Allah
telah menetapkan jodoh Adil dengan Zara bukan Hasya.
“Patutlah masa akak jumpa abang Syikin tu, dia
langsung tak nak jawab apa yang akak tanya. Semua ni salah akak, Syikin. Kalau
akak tak jumpa dengan abang Syikin, mesti dia tak accident. Sekarang pun family
Syikin mungkin dah syak sesuatu”. Hasya berasa bersalah. Dia tidak mahu menjadi
punca kepada keruntuhan rumahtangga Adil. Pasti wanita itu sedih jika
mengetahui bahawa suaminya mencintai orang lain. Dan orang lain itu adalah dia.
Dia tidak menyalahkan Adil atas apa yang berlaku.
Adil juga sama seperti dirinya. Dia terpaksa menerima Hairul sebagai tunangnya
manakala Adil terpaksa menerima Zara sebagai isteri walaupun tidak ada cinta
buat wanita itu. Tetapi sekarang dia tidak lagi terasa terpaksa menjadi
tunangan lelaki bernama Hairul kerana dia mengakui dirinya sudah mula menyukai
Hairul tanpa disedari. Entah bila dia mula jatuh hati pada lelaki yang sentiasa
sabar melayani dirinya sepanjang mereka bertunang. Walaupun dia bersikap
dingin, Hairul tetap juga mahu berbual dengannya. Cuma sekarang dirasa
hubungannya dengan Hairul hambar. Salahnya juga semua itu berlaku.
“Akak tak salah. Syikin sebenarnya…”. Syikin tidak
sempat menghabiskan ayatnya apabila Hasya mencelah.
“Akak nak jumpa Umi dengan Zara. Akak kena
terangkan semuanya. Akak tak mahu Umi dengan Zara syak yang bukan-bukan dengan
akak”. Tanpa menunggu lama, kereta Vios
dihidupkan. Hasya memandu kereta ke hospital kembali. Harapnya mereka masih
berada di sana. Dalam waktu itu, Syikin berasa gelisah. Hatinya berkira-kira
ingin memberitahu satu perkara penting itu kepada Hasya sekarang ataupun tidak.
Setelah menimbang baik dan buruk, dia membuat keputusan untuk menceritakan
perkara itu sesudah mereka sampai di hospital sahaja nanti.
…………………………………….
Di dalam lif, Hasya gelisah. Di kepalanya sedang
memikirkan ayat terbaik yang perlu diterangkan kepada Umi dan Zara tentangnya
dan Adil. Langkah Hasya makin menghampiri ke arah wad yang menempatkan Adil.
Namun, langkah kakinya yang tadi laju mulai perlahan taktala terdengar seperti
bunyi orang bergaduh di dalam wad tersebut. Syikin yang masih setia di
belakangnya di pandang. Syikin mengangkat bahu tanda dia juga tidak tahu apa
yang berlaku. Hasya membuka pintu wad itu perlahan-lahan sebelum dirinya
terkejut melihat Umi sedang memukul-mukul seseorang yang dikenalinya.
“Ini semua salah kau. Kenapa kau rancang semua
ni?”. Umi bertanya tegas sambil tangannya masih memukul lelaki itu.
“Saya minta maaf mak cik. Saya tak tahu Adil dah
kahwin”. Lelaki itu menjawab perlahan. Membiarkan Umi memukul dirinya.
“Umi dahlah tu”. Suara Zara pula kedengaran memujuk
Umi. Dia menarik tubuh Umi menjauhi lelaki itu.
“Umi kecewa Zara. Umi tak sangka kamu berdua tak
bahagia selama ni”. Umi sudah menangis tersedu sedan di bahu Zara.
“Umi, jangan macam ni. Zara gembira dapat hidup
dengan Abang Adil. Zara bahagia Umi”. Zara cuba lagi memujuk Umi sedangkan
hatinya tersiat-siat saat mengetahui perkara sebenar apabila lelaki itu datang
menemui mereka tadi.
“Mak cik, Zara…saya minta maaf. Saya tak sangka
boleh jadi macam ni. Saya minta maaf sangat-sangat. Adil, aku minta maaf”.
Lelaki itu tidak habis-habis meminta maaf daripada mereka.
“Tak apalah Encik. Biar saya pujuk Umi saya. Saya
minta maaf kalau saya biadap tetapi Encik boleh tak tolong balik sekarang”.
Zara teragak-agak ingin meminta lelaki itu meninggalkan wad mereka segera. Hasya
yang masih menyaksikan drama yang berlaku itu, segera menutup pintu wad dan
berlari ke arah lif yang masih terbuka. Dibolos dirinya ke dalam lif sebelum
pintu lif tertutup. Syikin juga sempat
masuk ke dalam lif itu.
Syikin mengekori langkah Hasya yang berjalan ke
tempat parkir kereta. Melihat Hasya yang sudah ingin memasuki ke dalam
keretanya, Syikin cepat-cepat berlari ke arah sebelah kiri pemandu dan masuk ke
dalam tanpa dipelawa Hasya. Melihat Syikin di sebelah, segera ditanya kepada
Syikin tentang apa yang terjadi tadi. Dia yakin semua ini ada kaitan dengan
Syikin.
“Apa semua tu?”. Hasya bertanya.
“Sebenarnya…Abang Hairul…”. Tersekat-sekat Syikin
ingin menjelaskan.
“Syikin kenal Hairul?”. Berkerut dahinya saat
mendengar Syikin menyebut nama tunangnya. Syikin mengangguk.
“Akak, Abang Hairul tak salah. Syikin yang salah.
Kalau Syikin tak suruh Abang Hairul ikut apa yang Syikin rancang ni, semua ni
tak berlaku”. Syikin menundukkan kepala. Dia berasa sangat-sangat bersalah kepada
keluarganya, Hasya dan juga Hairul. Sebulan sebelum dia dan Adil datang ke
Malaysia, Hairul datang ke rumah mereka mencari Adil. Tetapi hanya dia yang ada
di rumah waktu itu. Keluarganya yang lain berkunjung ke rumah keluarga Zara.
Kepadanya, Hairul telah menjelaskan semuanya yang
berlaku antara dia dan Hasya. Hairul tidak rela melihat Hasya yang seakan-akan
terpaksa menerimanya walaupun hatinya sendiri pedih dengan sikap Hasya itu. Dia
juga mengetahui kewujudan Adil setelah terbaca diari Hasya yang jatuh di bawah seat tempat penumpang sewaktu mereka
balik daripada Butik Pengantin. Hairul cuba mencari Adil dengan bantuan
rakannya yang kebetulan turut berada di Dubai atas urusan kerja. Setelah
berjumpa dengan Syikin, gadis itu membuat rancangan untuk pertemukan Adil dan
Hasya. Syikin tidak pula memberitahu status Adil pada waktu itu yang sudah
bergelar suami orang.
“Syikin punca semua ni berlaku akak. Syikin minta
maaf dengan akak”. Syikin sudah menangis teresak-esak. Hasya pula buntu dengan
semua ini. Kenapa semua ini berlaku kepada dirinya?.
“Apa yang akak nak buat sekarang. Semua yang
berlaku ni pun sebab akak jugak”. Hasya meraut wajahnya. Memikirkan cara untuk
selesaikan masalah yang makin parah ini.
“Syikin teman akak jumpa Umi dan Zara balik,
boleh?”. Hasya meminta tolong daripada Syikin yang masih teresak-esak di
sebelahnya.
“Syikin takut akak Umi marah nanti”. Makin
menjadi-jadi tangisan Syikin memikirkan amukan Uminya jika mengetahui cerita
sebenar.
“Tak apa. Syikin tak payah cakap apa-apa. Biar akak
aje jelaskan semuanya. Boleh?”. Perlahan-lahan Syikin mengangguk tanda
bersetuju menemani Hasya berjumpa Umi dan Zara. Sebelum memasuki wad itu,
sempat Hasya berdoa memohon Allah permudahkan urusannya itu.
“Assalamualaikum”. Salam diberikan. Namun, hanya
Zara yang menjawab salamnya. Yang lain hanya diam. Mungkin menjawab di dalam
hati. Matanya mengerling ke arah Umi yang berwajah muram duduk di sofa panjang
di samping Zara. Segera Hasya dan Syikin mendekati mereka. Sebelum sempat Hasya
membuka mulut, Syikin terlebih dahulu memulakan kata.
“Umi, Kak Zara…Kak Hasya dengan abang Hairul tak
salah pun. Syikin yang salah Umi, Kak Zara. Syikin yang buat rancangan bodoh
ni”. Selesai berkata-kata, Syikin melutut memegang kaki Umi memohon maaf. Umi
hanya berdiam diri tetapi air matanya mula mengalir kembali di pipi. Syikin
yang sebak melihat Umi menangis segera memeluk Uminya erat.
“Syikin minta maaf Umi. Syikin salah. Syikin cuma
kasihan tengok Abang Adil”. Syikin mengongoi di pelukan Umi.
“Habis, Kak Zara kamu tak kasihan? Dia tu kakak
ipar Syikin. Kenapa Syikin buat dia macam tu?”. Umi bersuara perlahan, kecewa
dengan tindakan anak perempuannya itu.
“Kak, Syikin minta maaf. Sebab Syikin, akak terima
semua ni. Syikin betul-betul malu dengan akak”. Sambil memohon maaf, dia
mencium bertalu-talu tangan kakak iparnya. Zara hanya melepaskan keluhan berat.
“Umi…Zara…saya pun nak minta maaf. Saya punca semua
ni”. Hasya memandang sayu ke arah mereka sebelum menyambung berkata-kata. “Saya
pun minta maaf bagi pihak tunang saya. Dia lakukan semua pun sebab saya. Zara, demi
Allah Zara, saya langsung tak ada apa-apa perasaan pada suami awak. Semua tu
kisah lepas. Saya tak nak sebab saya nanti, rumahtangga awak dan Adil
berkocak.”. Beriya-iya Hasya ingin meyakinkan Zara bahawa saat ini, dia
langsung tidak menyimpan atau mempunyai sedikit pun perasaan kepada Adil kerana
perasaannya sedah beralih kepada lelaki yang sanggup melepaskan dirinya kepada
Adil walaupun dia tahu Hairul sangat mencintainya sepenuh hati.
“Awak cintakan tunang awak, Hasya?”. Adil yang dari
tadi hanya memerhatikan adegan yang berlaku di hadapan matanya mula bersuara.
Hasya mengangguk bersungguh-sungguh. “Ya, saya
cintakan tunang saya. Saya sayangkan dia”. Ucap Hasya ikhlas dari hatinya.
“Bertuah awak dapat dia”. Luah Adil perlahan.
“Ya. Saya pun rasa bertuah dapat lelaki macam
Hairul. Dan awak pun bertuah dapat isteri macam Zara”. Ujar Hasya sambil
memandang Zara yang sedang menahan diri daripada menangis kerana dilihat wanita
itu sesekali mengelip-ngelipkan matanya untuk menahan daripada air mata menitis
ke pipi.
“Isteri awak seorang yang sangat tabah. Walaupun
selepas apa yang berlaku ni, dia tetap berada di sisi awak”. Hasya memuji
ikhlas sikap Zara yang tidak mudah melenting memarahi dia, Adil mahupun Hairul.
Wanita itu sangat cekal dan sabar menangani masalah yang melanda hidupnya
sekarang ini.
“Umi, saya minta minta maaf sekali lagi”. Hasya
menghampiri Umi sebelum mencapai tangan wanita tua itu lalu dikucupnya lama.
Apabila terasa ada tangan mengusap lembut kepalanya, dia mengangkat muka
memandang Umi. Umi hanya menggangguk perlahan tanda memaafkan dirinya yang
menjadi punca segala permasalahan ini. Sebelum meminta diri, sempat Hasya
mendoakan kebahagiaan rumahtanggga Adil dan Zara. Dia sangat berharap Adil akan
membuka hatinya untuk menerima Zara seperti dirinya yang sudah mula menerima
Hairul dalam hidupnya.
……………………………………
Keesokan harinya, Hasya bersiap-siap ingin menemui
Hairul. Dia ingin membuat pengakuan tentang hatinya kepada Hairul kerana tidak
mahu lelaki itu terus berkecil hati dengannya. Sebaik sahaja keluar daripada
biliknya, terdengar keriuhan bunyi suara ayah dan Dira di tingkat bawah.
“Kenapa jadi macam ni, Sah?”. Terdengar suara Mak
Piah bertanya kepada seseorang sambil menangis. Hasya bergegas turun ke bawah
ingin mengetahui perkara yang berlaku. Masalah apa lagi yang berlaku sekarang?.
“Mak, kenapa ni?”. Hasya segera menghampiri Mak
Piah yang sudah kelihatan seperti hendak pengsan.
“Apa yang Hasya dah buat ni? Kenapa buat mak macam
ni?”. Mak Piah mengoncang-goncang bahunya meminta jawapan daripada apa yang
berlaku. Hasya blur. Apa salahnya
kali ini?.
“Hasya buat apa mak?”. Hasya bertanya dengan muka blurnya.
“Hasya buat apa sampai Hairul nak putus tunang
dengan Hasya?”. Ujar Mak Piah yang masih menangis. Hasya terkejut. Berita yang
diberitahu emaknya membuatkan dirinya seperti tidak cukup oksigen. Kenapa
Hairul minta putus?.
“Hairul kat rumah, mama?”. Hasya pantas bertanya.
Ingin berjumpa tunangnya meminta penjelasan. Mak Cik Habsah menggeleng. Hasya
membuka handbag yang disandang,
mencari handphone Samsung Note 2
untuk menghubungi Hairul. Belum sempat dia hubungi Hairul, handphonenya terhempas saat Mak Cik Habsah berkata sesuatu yang
membuat dirinya rebah ke lantai.
“Hairul tak ada dekat sini. Dia dah pergi US
semalam. Mama dah cuba pujuk, tapi dia degil jugak”. Mak Cik Habsah mengeluh
perlahan mengingati anaknya yang bertegas ingin membawa diri ke US.
“Hairul…”. Sempat nama lelaki itu disebut sebelum
pandangan kelam.
…………………………………….
Sudah hampir dua minggu dia mengintip pergerakan
lelaki itu. Dua minggu itu juga dia setia memerhati lelaki itu berjogging
setiap pagi dan petang di taman itu. Ingin berhadapan dengan lelaki itu, dia
masih tidak mempunyai keberanian. Malu mungkin. Apabila dia sudah bersedia
ingin bersemuka dengan lelaki itu, kelibat lelaki itu pula tidak kelihatan.
Setiap malam dia memikirkan cara-cara untuk menambat hati lelaki yang mula
mendapat tempat di hatinya.
Malam tadi, dia mencari di internet cara-cara memikat seseorang. Beberapa idea yang dirasakan
bersesuaian, dia menyalin di sehelai kertas. Langkah pertama akan dimulakan
sebentar lagi. Beg kertas bewarna hijau itu dipandangnya dengan senyuman nakal.
Apabila melihat lelaki itu sudah selesai berjogging, dia mengikuti lelaki itu
dengan jarak yang agak jauh. Tidak mahu lelaki itu menyedari kehadirannya di
sini.
Setelah hampir sepuluh minit memerhati di sebalik
pokok, dia segera berlari ke arah rumah berwarna putih itu, meninggalkan beg
kertas itu di hadapan muka pintu itu sebelum menekan loceng bertalu-lalu dan
bergegas berlari bersembunyi kembali di belakang pokok tadi. Dilihat lelaki itu
keluar dan menoleh ke kiri dan kanan seakan-akan mencari seseorang sebelum
terpandangkan beg kertas berwarna hijau yang diletaknya di hadapan pintu
rumahnya. Beg kertas diambil. Sekali lagi lelaki itu memalingkan kepalanya ke
kiri dan ke kanan sebelum berjalan memasuki rumah bersama beg kertas itu. First step. Complete.
…………………………………….
Percubaan kedua. Dilihat lelaki itu bangkit
daripada duduknya dan menuju ke arah sebuah bilik. TOILET. Diambil bunga ros yang masih mekar yang baru dibelinya tadi
di dalam plastik. Segera dia menghampiri meja yang diduduki lelaki tadi sebelum
meletakkan sekuntum bunga ros berwarna merah itu di tepi cawan coffee latte yang dipesan lelaki itu
sebelum tergesa-gesa keluar daripada café itu.
Diluar café, diperhati tingkah lelaki itu yang
nyata terkejut dan berkerut dahi saat memandang bunga ros pemberiannya. Apabila
melihat lelaki itu seakan-akan bertanya kepada orang di sebelahnya akan tentang
kewujudan bunga itu, dia segera berlari lintang pukang menjauhi café tersebut.
Bukan masanya lagi mereka bersemuka. Masih ada beberapa misi yang belum
diselesaikan. Esok, misi ketiga akan dilancarkan. Dia tersenyum mengenangkan
tindakannya yang agak luar biasa. Kerana cinta sang lelaki itu, dia sanggup
melakukan apa sahaja.
……………………………………
Hari ini, dia melaksanakan misi ketiganya. Diupah
seorang budak perempuan yang turut berjogging di taman itu untuk memberi belon
yang berbentuk love yang bertulisan ‘I MISS YOU’ kepada si dia. Sudah
dipesan berkali-kali kepada budak itu untuk tidak membuka mulut. Hanya
menyerahkan belon itu dan berlari menjauhi lelaki itu. Dilihatnya daripada
jauh, budak perempuan itu menarik-narik lengan baju lelaki itu sebelum memberi
belon itu dan melarikan diri tanpa sempat lelaki itu bertanya lanjut. Ketawa
dia melihat reaksi lelaki itu yang seperti bengang dengan secret admirenya itu mungkin.
……………………………………
Hari-hari seterusnya, dia dengan jayanya
melancarkan semua misi-misinya untuk menambat hati lelaki itu. Dan hari ini,
dia yakin dan tekad untuk bertentang mata dengan lelaki yang dirinduinya selama
ini. Melihat lelaki itu yang sudah duduk di sebuah bangku setelah selesai
berjogging, dengan lafaz Bismillah dia menghampiri bangku itu. Dia duduk di bangku
di belakang lelaki itu.
Sepuluh minit berlalu, dia masih lagi kaku di
bangku itu. Ditarik nafas dan memaling muka untuk melihat lelaki di
belakangnya. Hampir menitis air matanya saat terpandang ke arah handphone lelaki itu yang sedang
memaparkan wajahnya. Rupanya dirinya masih lagi diingati lelaki itu. Benarlah
apa yang pernah dikatakan lelaki itu dulu. Walaupun apa yang terjadi, hatinya
tetap milik lelaki itu.
Sekuntum bunga ros yang sempat dibelinya tadi
dipandang. Dengan yakin, dia menghulurkan sekuntum bunga itu kepada lelaki
dibelakangnya tanpa memaling muka memandang lelaki itu.
“Err…what is
this?”. Teragak-agak lelaki itu bertanya setelah berpaling ke belakang.
Terkejut mungkin kerana tiba-tiba dihulurkan bunga itu kepadanya. Hasya menahan
diri daripada ketawa. Dia berpaling melihat lelaki yang dirinduinya. Jelas
kelihatan raut terkejut daripada lelaki itu. Dia tidak mampu lagi menahan
dirinya lalu dia ketawa terbahak-bahak. Geli hati melihat muka terkejut lelaki
itu.
Namun, tawanya terhenti sendiri apabila melihat
pandangan tajam daripada lelaki itu. Pandangan yang mampu buat jantungnya
berhenti berdenyut. Sekali lagi dia terjatuh cinta dengan lelaki itu. Kerana tidak
betah memandang pandangan mata yang tajam lagi memikat lelaki itu, dia
menundukkan wajah. Mungkin wajahnya sudah merona merah sekarang. Malunya.
“Awak ke yang bagi semua benda-benda tu selama
ni?”. Hairul bertanya.
Hasya mengangguk sebelum menjawab. “Ya”.
“Kenapa?”.
“Sebab saya suka awak. Saya sayang awak. Saya
cintakan awak”. Senafas Hasya meluahkan isi hatinya. Malu usah ditanya. Hairul
sudah tersenyum tetapi senyumannya mati apabila Hasya mengangkat wajah ingin
memandang Hairul. Hatinya gelisah apabila melihat Hairul masih memandangnya
dengan pandangan tadi. Tak berjaya ke segala misinya tu? Tak tercuit ke hati
lelaki ini dengan usahanya selama ini?.
“Awak tak suka ke saya buat semua tu?”. Hasya
bertanya dengan nada sedikit kecewa.
“Saya nampak macam tak suka ke?”.
“A’ah. Muka tak happy
langsung”. Jawab Hasya jujur.
“Habis tu nak saya buat muka macam mana? Macam
ni?”. Hairul sudah tersenyum memandang ke arah Hasya dengan pandangan menggoda.
Sekali lagi Hasya terasa dirinya tidak cukup oksigen memandang raut wajah yang
menggoda di hadapannya. Kenapalah sebelum ni dia tidak perasan yang Hairul ini
sangatlah kacak baginya.
“Kenapa tunduk? Malu?”. Hairul mengusik Hasya.
“Awak…”. Hasya memandang Hairul yang masih lagi
dengan senyuman menggodanya.
“Hmm…”. Hairul membalas.
“Jom balik Malaysia. Kita kahwin”. Ajak Hasya tanpa
rasa malu.
“Hah?”.
“Kita kahwin nak?”.
“Serius?”.
“Iyelah. Nampak macam saya main-main ke?”. Geram
apabila Hairul seakan tidak percaya dengan ‘lamarannya’ tadi.
“Okay”. Jawab Hairul ringkas.
“Okay je?”. Tanya Hasya.
“Habis tu, nak saya buat apa? Kiss?”. Hairul mula tersengih nakal.
“Ish…main-mainlah awak ni”. Hasya marah-marah
sayang kepada Hairul. Malu dengan gurauan Hairul tadi.
“Esok kita balik Malaysia”. Ujar Hairul.
“Betul?”. Hasya bertanya dalam teruja. Hairul
mengangguk.
“Awak…”.
“Hmm…”.
“I love you”.
Ucap Hairul penuh syahdu.
“Me too”.
Jawab Hasya malu-malu.
“Me too
apa?”. Hairul sudah mula untuk mengusik Hasya kembali. Suka dia melihat Hasya
yang marah-marah manja kepadanya.
“Macam yang awak cakaplah”. Perlahan Hasya
membalas.
“Saya cakap apa tadi?”. Sengaja Hairul bertanya.
“Awak ni saja je tau”. Hasya menjeling manja ke
arah Hairul.
“Say it,
please”. Pujuk Hairul. Hasya menggeleng. Namun, Hairul tetap juga memujuk
Hasya untuk meluahkan tiga perkataan itu kepadanya.
“Err…awak. Sofea Harisya love awak”. Ujar Hasya laju.
“Apa? Saya tak dengar. Cakap sekali lagi?”. Hasya
memukul lembut bahu Hairul apabila lelaki itu meminta dia mengulangi apa yang
dikatakan tadi.
“Sofea. Harisya. Love. Hairul. Irfan. Dengar tak?”. Hasya sengaja memerli Hairul
dengan mengulangi kembali satu persatu kata-katanya tadi dengan suara sedikit
kuat.
“Hairul Irfan pun love Sofea Harisya”. Ucap Hairul sekali lagi sambil mengeyit
matanya kepada Hasya. Hasya mengigit bibir menahan rasa malu.
Di dalam hati, dia memanjatkan rasa syukur kerana
Allah S.W.T kerana telah menetapkan jodohnya bersama lelaki itu. Lelaki yang
setia dan ikhlas menyayangi dirinya. Kerana cinta itu, dia berjanji kepada
dirinya untuk terus setia mencintai Hairul Irfan. Mudah-mudahan dia bahagia
bersama lelaki itu sehingga hujung nyawanya. Amin.
No comments:
Post a Comment