BAB 1
Tiga bulan kemudian…
Selendang lilit yang dah dibuka aku selitkan di hanger sebelum mencampakkan diri ke atas
tilam empuk. Remote aircond yang
terlekat di tepi katil aku capai. Butang on
ditekan. Suhu diturunkan sehingga ke angka yang paling rendah. Hati yang tengah
panas perlahan-lahan menyejuk saat badan disapa dengan angin sejuk daripada
penyaman udara.
“Mamat tu memang sengaja nak cari pasal dengan aku agaknya.
Dia ingat aku ni apa? Kalau tak sebab aku rasa tak sedap badan sekarang ni, dah
lama penumbuk aku hinggap dekat muka dia. Baru dia tahu aku ni daripada
keturunan Muhammad Ali. Suka sangat menguji tahap kesabaran aku.” membebel aku sengsorang
atas katil. Mata terpejam rapat, menahan rasa sakit kepala. Tangan kanan pula
sibuk memicit-micit dahi, kiri dan kanan.
Sejak daripada
pagi lagi badan aku dah terasa lain macam. Mungkin disebabkan aku terbangun
mengejut pagi tadi kerana mengalami mimpi buruk. Kalau ikut istilah kamus aku,
mimpi buruk membawa maksud aku bermimpi pasal makhluk-makhluk halus yang tak
pernah aku ajak untuk bermain dalam mimpi aku. Tapi pagi tadi, istilah tu dah
tak boleh digunapakai bilamana mimpi buruk itu bukan hanya kerana makhluk halus
tetapi makhluk yang berbadan tegap yang tinggal sebelah rumah.
Macam mana aku boleh termimpi cakap I Love You dekat jiran sebelah? Meluahkan perasaan dekat taman
bunga macam dalam cerita fantasi pulak
tu. Sah-sah mimpi tu tak logik. Sebab
utamanya Khairy, jiran sebelah tu musuh ketat aku. Tak sampai sebulan dia
pindah sini, aku dah declare perang
dengan dia. Habis tu, boleh ke kalau aku nak jatuh cinta dengan dia?.
Aku geleng kepala sungguh-sunguh. Kalau benar itu terjadi,
maknanya ada la salah satu sistem saraf dalam otak aku dah rosak. Harus aku
pergi hospital buat medical check up
sebelum perkara tu terjadi.
Jari jemari aku masih rancak menari-nari di atas dahi.
Memikirkan balik mimpi malam tadi dan ditambah pulak dengan insiden yang baru berlaku beberapa minit yang lalu
buat kepala aku makin berdenyut-denyut. Ingat balik rumah boleh rehat
sepuas-puasnya tapi rupanya tidak. Terlupa pula dengan kewujudan jiran sebelah
rumah yang sengalnya macam apa. Bukan main seronok dia buat diri aku ni menjadi
mangsa just for laugh dia tu tadi.
“Awal balik? Ponteng kerja, eh?.” Khairy tegur. Waktu tu aku nak pergi tutup pintu pagar. Dia
duduk melepak tepi dinding yang jadi penghalang rumah aku dan dia.
“Tak jawab maksudnya betul la tu. Tak baiklah ponteng-ponteng
ni. Orang dah bagi amanah dekat awak, mana boleh awak buat sambil lewa aje. Duit gaji yang awak dapat tu nanti
jadi tak berkat.” dia bagi nasihat percuma lepas aku
diam aje.
“Bisinglah awak ni. Bila masa saya cakap saya ponteng?.” aku marah dia. Kepala jadi makin berserabut dengan kehadiran
lelaki tu. Aku ingat kalau aku balik waktu macam ni, tak adalah terserempak
dengan mamat kurang cerdik ni. Aku pun tertanya-tanya juga dia ni kerja ke tak?
Selalu sangat nampak dia melepak dekat rumah. Waktu mula-mula kenal tak sempat
nak tanya lebih-lebih.
“Dah tu saya tanya awak tak jawab.” dia balas sambil mata masih memandang aku yang tengah nak
punggah segala ‘harta benda’ yang ada dalam kereta. Patutnya aku ada meeting dengan client petang nanti, tapi sebab rasa macam tak mampu nak buat presentation depan klien, aku minta cuti
dengan papa. Papa pun dah suruh Puan Razita reschedule
balik meeting aku.
“Nak saya tolong?.”
Khairy tiba-tiba menghulurkan bantuan dengan sukarelanya. Aku nak terima? Sori ya, brader. Sejak aku mengisytiharkan perang dengan dia, aku awal-awal
lagi dah larang dia daripada menghampiri rumah aku. Cuma hari ini dia berani
nak menceroboh masuk kawasan rumah aku.
“No, thanks.” aku balas pendek. Tak sabar nak masuk rumah. Tapi langkah
tersekat bila Khairy bagitahu sesuatu yang buat aku jadi patung.
"Dekat mana?." cemas aku tanya. Kata Khairy, ada
serangga kecil di selendang lilit aku. Untuk pengetahuan, hubungan aku dengan
haiwan-haiwan kecil ini tidaklah seakrab mana.
"Ada kat belakang tu..." Khairy jawab sambil
mengintai-intai dibelakang selendang lilit aku.
"Tolong buangkan, please?."
aku rasa nak nangis. Waktu-waktu terdesak macam ni, dah tak ingat pasal musuh
ke apa. Yang pasti, aku anggap Khairy sebagai satu-satunya penyelamat yang
boleh jauhkan aku dengan haiwan kecil tu.
"Datang sini sikit." dia paksa aku suruh berdiri
dekat sikit dengan dia.
"Nanti dia terbanglah." aku marah.
"Perlahan-lahanlah." masih jugak paksa.
"Takut..." aku merengek kecil. Bukan sengaja nak
mengada-ngada dengan lelaki tu tapi memang saat ni ketakutan menguasai diri.
Teringat dulu aku pernah berangan nak masuk dalam rancangan Fear Factor.
Kononnya nak mengatasi rasa takut.
Ceh! Kalau dah haiwan sekecil ni boleh buat aku kejung.
Bayangkan pulak kalau terpaksa
berhadapan dengan haiwan sebesar gajah tu? Buat malu muka je nanti.
"Habis tu saya nak buang macam mana kalau awak berdiri
jauh daripada saya. Ingat tangan saya ni panjangnya macam panjang pembaris
orang ukur dekat kedai kain tu?." sempat Khairy perli aku. Tak tahan
dengan keadaan sebegini, aku turutkan aje kehendak Khairy. Perlahan-perlahan
aku berjalan ala-ala ketam. Badan aku ni dah kaku, tak boleh nak pusing sana
sini.
Bila nak sampai di dinding penghadang rumah kami,
tiba-tiba...
"Makkkk..." pekikan kuat bergema satu taman. Di
belah kiri pula, bunyi ledakan ketawa jahat yang tak ada tapis-tapisnya. Segala
barang di dalam pegangan aku tadi berterabur atas lantai. Nafas aku turun naik.
Kalau nak digambarkan keadaan diri aku sekarang, ibarat lava gunung berapi yang
menggelegak ganas nak menghamburkan isinya.
"Hahaha....lawak-lawak. Patut saya rakam ekspresi muka
terkejut awak gaya panda terserempak dengan mawas tadi..." Khairy masih
ketawa. Perut ditekan-tekan menahan rasa senak. Kuat sangat ketawa sehingga habis
semua otot-otot dalam badan tertarik.
"You..."
aku ketap gigi. Kedua-dua belah tangan aku genggam rapat-rapat. Saat ni terasa
nak luahkan kata-kata yang tak manis didengar. Mujur juga masih ada sisa-sisa
kesabaran yang tertinggal dalam diri. Tanpa menghiraukan Khairy yang tak puas
ketawa, aku pungut barang-barang yang jatuh tadi.
"Alahai…meh sini saya tolong. Kesian awak.
Izinkan saya panjat dinding ni, eh?.”
tanpa menunggu izin aku, Khairy dah mula memanjat dinding penghalang rumah
kami. Sepantas itu juga aku menghalang.
“Don't you dare to
cross the line!." aku bagi amaran keras sambil
tunding jari telunjuk ke arah dia dengan mata merenung tajam ke dalam anak mata
Khairy. Khairy jadi beku di atas penghalang tu. Ewah-ewah dia. Dah usik aku
dengan lipas mainan tadi, boleh lagi dia nak buat baik dengan aku? Badan aku
berasap penuh. It's okay, Khairy.
Hari ni hari kau. Tengok nanti bila tiba giliran aku, aku akan pastikan kau
akan menyesal sebab usik aku hari ni.
Aku melepaskan keluhan berat. Sesak kepala aje fikir pasal
dia. Kalau aku tahu dia nak usik aku dengan benda tu, aku rela tidur dekat
hotel biarpun terpaksa keluarkan duit sikit. Keamanan hidup aku lagi penting!.
Baru sahaja aku terasa nak lelap, telinga aku menangkap satu
bunyi musik yang kuat. Ini tak lain tak bukan, jiran aku punya kerja. Agaknya
dia ada masalah pendengaran tahap kronik kut sampai terpaksa buka volume kuat-kuat. Aku ambil bantal satu
lagi nak tutup telinga. Dengan harapan bantal tu mempunyai keupayaan kalis
bunyi. Namun, harapan hanya tinggal harapan.
Dengan rasa marah, kusut dan mengantuk lagi sebab tadi aku
telan lagi dua biji panadol, aku gagahkan diri bangun, melilit selendang ala
kadar sebelum membawa kaki ke arah balkoni. Sliding
door aku buka perlahan-lahan dan kaki menapak keluar ke balkoni. Aku tarik
nafas dalam-dalam dulu sebelum menghamburkan segala ayat-ayat yang telah aku
reka sebentar tadi.
“Hei, jiran sebelah. Kau ingat rumah kau ni kat tengah-tengah
hutan ke apa? Kalau betul kau ada masalah pendengaran sekalipun, tolonglah
fikir alternatif lain nak bagi telinga kau dengar lagu yang entah apa-apa kau
pasang ni. Kalau tak mampu nak beli earphone
yang harga sepuluh ringgit tu, cakap kat aku. Aku sanggup sedekahkan yang aku
punya dekat kau.” aku puas hati dapat jerit kuat-kuat,
meluahkan rasa hati aku saat ini. Nasib baik rumah aku hujung sekali. Karang tak pasal-pasal aku pula yang
kena sound.
Rumah aku dan Khairy berkembar dua. Rumah sebelah kiri
Khairy tu pulak homestay. Kalau dia
nak pasang lagu kuat-kuat pun, memang tak ada yang nak marah sebab tak ada
orang sewa sekarang ni. Masalahnya, dia tak tahu ke rumah sebelah kanan dia ni
ada orang?.
“Memekak apa tengahari buta ni, Cik Kak?.” soalan yang keluar daripada mulut Khairy makin menaikkan
suhu badan aku. Boleh pula dia tanya aku macam tu? Ingat aku tak ada kerja
terjerit-jerit sampai nak terkeluar anak tekak aku ni.
“Kau ni memang sah ada problem
dengan telinga kau, kan?.” aku sindir dia depan-depan.
“Mak saya cakap tak baik doakan yang tak elok-elok pada
orang.” dia balas.
Dan aku terdiam.
Bukan niat aku nak cakap benda yang tak elok pun, tapi dia
tu yang memaksa ayat-ayat tersebut keluar meluncur elok daripada mulut aku.
Rasa bersalahlah pula.
“Yang awak bukak
lagu tu sampai dalam bilik saya boleh
dengar kenapa? Awak tahu tak perbuatan awak tu telah mengganggu ketenteraman
jiran sebelah awak ni tau?.” dengan sopannya aku cuba berbudi
bahasa sikit dengan dia walaupun hati masih menggelegak dengan rasa marah.
“Lah…kuat sangat ya saya bukak? Maaflah. Tak sengaja terganggu
jiran saya ni.” dia jawab. Aku tak rasa dia tak
sengaja kalau dah bibir dia terseyum sinis macam tu. Ini namanya sengaja nak
cari pasal!
“Saya malas la nak gaduh-gaduh dengan awak. So, please? Volume tu…slow kan sikit, okey?.”
aku cuba slow talk dengan dia. Kalau
aku layan juga dengan perangai sengal dia tu, sampai ke sudah tak settle perbalahan kami ni. Aku sakit
kepala dan aku nak tidur, okey!.
“Okey…kejap saya pergi perlahankan sikit volume tu. Awak tunggu dekat situ dulu.” Khairy masuk ke dalam rumah.
Aku pula ikut aje
arahan dia. Tak tahulah kenapa dia suruh aku tunggu. Agaknya nak pastikan suara
lagu rock yang dia pasang tak dengar
sampai ke bilik aku. Aku bersyukur dengan sikap bertimbang rasa dia tu. Tak
sia-sia aku menjerit tadi. Aku usap-usap tekak aku yang dah sumbang frekuensi
suara yang paling tinggi.
Lepas sepuluh saat, dia keluar balik.
“Okey dah ke? Tak kuat sangat, kan?.” dia tanya aku. Aku hanya menganggguk.
“Thanks. Saya masuk dulu.”
Aku minta diri lepas aku berjaya menyelesaikan masalah dengan Khairy buat
pertama kali.
“Eh…nantilah. Tak nak borak-borak dulu ke?.” aku kerut dahi dengar Khairy tanya macam tu. Hello? Dia lupa ke yang dia tu musuh
aku. Tak sampai setengah jam pun lagi kejadian di luar rumah tadi berlaku,
sekarang nak diajak berborak? Lipas sungguh dia ni. Jangan ingat aku bercakap
bersopan-santun dengan dia sekarang, bermakna dia dah jadi kawan aku. No way! Lelaki macam ni tak sesuai aku
nak jadikan kawan. Nak jadi lawan boleh.
“Sori ya. Saya hanya akan berborak dengan mereka yang bergelar
kawan.” aku balas dengan nada bosan. Malas nak
melayan. Tidur lagi baik aku rasa. Aku sudah bersedia nak masuk bilik tapi
Khairy tahan.
“So? Who am I if not a
friend?.” aku garu-garu kepala yang tak gatal.
Dia ni terlupa atau buat-buat terlupa. Makin melayan, macam inilah jadinya. Stress betul aku dengan Khairy ni. Makin
bertambah pulak rasa pening yang mula
nak beransur-ansur hilang sebentar tadi.
“ENEMY. You got it?
Okey, saya nak masuk tidur. Bye.” aku cakap cepat-cepat sebelum berlari masuk ke bilik tanpa
menunggu balasan daripada Khairy. Padan muka. Rasa nak tergelak bila aku sempat
jeling Khairy tadi, aku nampak muka dia tercengang. Ada hati nak borak-borak
dengan aku lepas dia dah porak-perandakan hidup aku tiap-tiap hari.
Aku baring semula di atas katil sambil tersenyum-senyum.
Hati aku rasa puas sangat dapat kenakan dia. Dengan suasana yang sudah kembali
damai, aku cuba melelapkan mata semula. Namun, belum lagi aku sempat tutup
mata, sekali lagi aku dengar bunyi. Bunyi lagu tadi. Kuat pun macam tadi.
“Khairy Daiyan!!!.”
No comments:
Post a Comment