PROLOG
Keadaan cuaca di luar panas terik. Sudah lebih seminggu
hujan tak turun-turun. Kalau tengok pada langit, memang langsung tak nampak
tompokan awan putih. Awan yang kehitaman jauh sekali. Aku intai disebalik
langsir tengok pokok-pokok bunga yang aku tanam dah berubah warna menjadi
keperangan. Dahan-dahan dia pun dah tak gagah seperti sebelum ni. Tandanya tak
cukup nutrient.
Atas rasa keperimanusiaan dan sikap cintakan alam
semulajadi, aku rajinkan diri untuk menyiram pokok-pokok bunga di dalam
beberapa buah pasu tu. Aku tambah juga baja dalam setiap pasu sebagai makanan
tambahan. Dalam waktu tengah menyiram, datang sebuah kereta yang berhenti
betul-betul dihadapan pagar rumah sebelah.
Sebenarnya, rumah sebelah ni sudah sebulan lebih tak ada
penghuni. Mungkin ada orang baru nak datang menyewa? Bagus juga kalau macam tu.
Tak adalah takut sangat nak tidur malam-malam lepas ni.
Aku kecilkan
mata sikit nak tengok manusia yang datang bertandang ke rumah sebelah. Apabila
keluar aje orang itu daripada kereta
Honda Civic yang berwarna hitam pekat, aku terpegun. Cepat-cepat dalam hati aku
berdoa semoga orang itu jadi untuk menyewa rumah sebelah ni.
Ditambah dengan silau daripada pancaran terik matahari, aku
nampak wajah lelaki itu yang bagaikan bercahaya dan berseri-seri. Adakah jodoh
aku telah sampai? Tak semena-mena lagu Kompang Dipalu nyanyian Izam Eye dan
Waheeda berdendang hebat di dalam hati.
Lelaki itu
berjalan ke arah pintu pagar. Saat dia toleh memandang aku, serentak itu jugak aku tundukkan kepala. Bimbang awal
tak awal dicop sebagai si gedik tapi
lain pulak yang jadi.
“Assalamualaikum…”
dia sapa aku dengan ramahnya. Siapa sangka lelaki yang memiliki rupa paras yang
menawan ini seorang yang peramah. Kebanyakan lelaki dalam kategori begini susah
nak pandang aku. Bukan nak kata aku ni tak cantik sangat tapi tak juga termasuk
dalam kategori sekali petik, beribu datang. Tak juga sekali pandang, nak
pandang lagi. Senang cerita, aku low
profile. Ayat nak menenangkan jiwa raga yang sedikit terguris dengan
kenyataan sendiri buat.
“Waalaikumussalam.”
sepatah aku jawab sebab segan. Maklumlah aku tak betah nak beramah mesra dengan
orang yang baru dikenali. Lebih-lebih lagi si dia memiliki aura-aura yang mampu
buat aku terbang tinggi ke awan. Dalam angan ajelah bukan betul-betul. Kemudian, aku sambung buat kerja balik.
“Saya baru pindah sini. Selamat berkenalan.” dia cakap lagi.
“Oh, yeke? Selamat
berkenalan jugak…” aku berbasa- basi. Selepas itu dia minta diri nak masuk
rumah.
Kira-kira lima minit kemudian, datang lagi sebuah kereta
bersama lori yang boleh tahan besarnya. Aku panjangkan leher. Nampak jugak
ada beberapa barang-barang besar dalam lori tu. Betullah tu ada orang baru nak
menyewa. Mungkin menyedari ketibaan kereta dan lori tu, lelaki tadi keluar
daripada rumah. Sempat lagi dia pandang aku dan menghadiahkan senyuman
manisnya.
Hati rasa macam dipanah. Tak rasa sakit pun panahan tu tapi
rasa macam nak buat larian marathon sambil mengumumkan kepada orang ramai
tentang apa yang aku rasa sekarang.
Aku tersengih
seorang diri. Mendapat senyuman daripada seorang jejaka kacak lagi baik hati?
Itu wish terakhir dalam list wishes aku.
“Dah tengok keadaan rumah? Okey ke tak?.” lelaki yang baru sampai tadi bertanya kepada jejaka kacak
tadi. Aku tak pasti siapa lelaki itu. Mungkinkah kawannya? Nak kata ayah agak
melampau sebab lelaki tu nampak macam muda lagi. Tapi mungkin agak tua sikit
daripada lelaki yang tegur aku tu.
“Jomlah masuk berborak kat dalam.” Dia tak jawab pertanyaan lelaki tu sebaliknya pelawa lelaki
yang baru datang tadi masuk ke rumah. Agaknya tak selesa nak berborak di luar
rumah dengan keadaan cuaca panas macam ni. Baju dan tudung aku pun dah basah
lencun dengan peluh. Bukan kata bunga-bunga ni je yang mandi, dengan aku-aku sekali mandi. Bezanya, bunga dapat
mandi gunakan air segar dan aku? Air semulajadi dalam badan!.
Sudah siap
membuat kerja, aku masuk ke dalam rumah. Tentang jiran sebelah, mungkin petang
nanti aku boleh buat-buat nak bersihkan laman pulak. Ada harapan, boleh berkenalan dengan lebih rapat. Nak
mengeratkan silaturahim dengan jiran sebelah katakan.
No comments:
Post a Comment